t>

Breaking News

6 Tanda Anak Kita Mungkin Didera Di Tempat Asuhannya. Semua Mak Ayah Wajib Tahu! Sebarkan!

Oleh : Dr. Taufiq Razif

6 Tanda Anak Kita Mungkin Didera Di Tempat Asuhannya. Semua Mak Ayah Wajib Tahu! Sebarkan!

Tergamam saya bila viral gambar Xray budak umur 3 bulan patah tulang peha di rumah pengasuh!



Ya Allah. Tak boleh nak bayangkan apa yang anak kecil tu alami di sana. Patah tulang peha ( femur bone ) ni bukan main-main ye. Tu tulang paling besar dalam badan kita!

Nak bagi patah tulang femur ni memerlukan tenaga dan impak yang sangat kuat je baru boleh patah!

Setakat jatuh atau terguling biasa memang takkan boleh patah tulang tu kecuali memang ada penyakit tulang rapuh ( idiopathic juvenile osteoporosis ) atau kelainan sejak daripada lahir ( osteogenesis imperfecta ) dan lain-lain.


Tu la kenapa penting sangat mak ayah tahu tanda-tanda anak kecil didera. Anak kita tak mampu nak komunikasi macam kita. Dia tak mampu lagi nak cakap " Tolong mak! Tolong ayah! Saya kena dera kat taska. Sakit Mak! Sakit ayah! "

Ni 6 tanda utama anak kecil didera di tempat asuhannya :

1. Anak tiba-tiba berubah perangai

▪ 👉 Anak yang dulunya ceria tiba-tiba menjadi sangat pasif dan pendiam.

👉 Anak jadi mudah terkejut dan selalu meragam tanpa sebab yang jelas.

2. Anak tiba-tiba menjadi sangat patuh atau sangat memberontak

👉 Anak yang ketakutan memang akan mendengar arahan.

👉 Ataupun dia memberontak dan mengamuk kerana cuba mempertahankan diri.

3. Anak kelihatan sangat takut pada pengasuhnya

👉 Anak taknak pergi taska atau tadika tu biasa tapi kalau riak wajahnya tu dalam ketakutan yang melampau, kita memang kena hati-hati.

👉 Atau bila kita sebut je perkataan taska dan tadika atau dia nampak je benda yang berkaitan dengan pengasuhnya si anak tadi kelihatan sangat trauma.

👉 Menangis bila nak hantar anak ke taska akibat Separation Anxiety tu normal je tapi naluri mak ayah boleh tahu yang mana normal, yang mana tak normal.

4. Ada lebam-lebam dan luka atau kecederaan yang di luar kebiasaan

👉 Walaupun lebam atau calar biasa, mak ayah kena hati-hati apatah lagi kalau lebamnya ada di 2 atau 3 tempat yang berbeza.

👉 Kalau ada patah lagi la kena berhati-hati. Hantar terus ke hospital ye.

👉 Doktor biasanya akan suspek penderaan bila ada patah di tulang yang besar seperti tulang femur, patah di banyak tempat ( multiple fractures ), Shaken Baby Sydrome ataupun ada kesan patah lama yang tak dilaporkan.

5. Perkembangan anak terganggu

👉 Anak yang dulunya pernah hisap jari, kembali menghisap jarinya.

👉 Anak yang dah lama tak kencing malam, kembali kencing malam.

👉 Anak mengalami masalah duduk dan berjalan.

6. Anak sering mimpi buruk

👉 Kadang-kadang agak susah nak tahu anak kita mimpi buruk ke tak.

👉 Perhatikan ada tak anak kita nampak lesu atau tak bermaya walaupun dah tidur. Tu antara tanda-tanda tidur anak kita terganggu la tu.

Benda ni saya rasa sangat ramai mak ayah yang tak tahu. Tolong bagitahu mak ayah dan pasangan kita yang belum tahu ye demi keselamatan anak anak kita semua.

p/s : Ni la kenapa saya hantar anak saya ke taska yang ada CCTV. Biar depan kita baik bak bidadari, boleh je bidadari tu bertukar menjadi The Hulk bila di belakang kita!

p/s : Kes diatas ni masih dalam siasatan rasanya. Jadi belum konfirm penderaan cuma kita kena la saling beringat dan tambah ilmu parenting masing-masing.

Tolong masuk ke Telegram Channel saya kalau memang serius nak belajar bab mendidik anak-anak. Klik je link ni t.me/NotaTaufiqRazif