Berpantang Secara Sihat VS Berpantang Terlalu Ketat - Mana Satu Pilihan Terbaik?
Oleh : Bel Nawhen
Ada beza tau berpantang cara yang sihat dengan berpantang terlalu ketat.
1. Emosi.
Yang berpantang gaya sihat, cukup makan dan minum, penghasilan susu akan jadi lancar, tidak sembelit, dan ini memberikan emosi yang stabil kerana tidak ada masalah pembuangan dan penyusuan. Berbeza dengan pantang yang terlalu ketat, susu tidak banyak dan anda akan mudah letih kerana terlalu banyak pantang larang.
2. Kebersihan.
Kebersihan dalam islam adalah satu fitrah maka dengan menjaga kebersihan alat sulit hinggalah kebersihan diri akan menggalakkan proses penyembuhan luka. Berbeza dengan pantang yang terlalu ketat hingga mandi dan basahkan rambut pun tidak. Ini menyebabkan kuman akan mudah hinggap dan luka akan lambat sembuh.
3. Persekitaran.
Persekitaran yang selesa, bersih dan memberi rasa senang kepada ibu dan bayi akan membantu dalam proses penyembuhan dalam berpantang. Berbeza dengan mereka yang berpantang terlalu ketat hingga kipas pun tidak boleh dibuka dan ini akan menyebabkan ibu merasa cepat letih dan bosan.
Bagi mendapatkan environment yang selesa semasa berpantang, ibu haruslah berpada-pada dalam mengikut pantang larang orang dulu kala. Jangan hadkan pengambilan airan serta sayuran. Kedua-dua elemen ini amat penting dalam membantu anda cepat sembuh.
Jangan sesekali termakan kata rahim kembang, rahim basah dan apa sahaja berkaitan rahim kerana rahim akan kembali kecut sejurus anda melahirkan dan akan kembali ke saiz asal dalam 4-6 minggu terutama semasa bayi menyusu badan.
Jika anak anda mengalami jaundis atau kuning, bawa ke klinik kesihatan untuk monitor paras bilirubin dalam darah. Jangan terpengaruh dengan ajaran suruh suap anak2 dengan pelbagai jenis airan, susu kambing, serbuk mutiara ataupun air anggur. Jangan jadikan anak anda lebih menderita dan anda menjadi bertambah tertekan.
Bawa-bawa berjalan. Melahirkan tidak kira secara caesarean atau normal dengan guntingan episiotomi sebagai alasan untuk anda bermalas-malasan. Dengan berjalan, perjalanan darah akan menjadi lebih lancar, tidak ada darah beku dan anda lebih cepat sembuh.
Makan makanan tinggi protein seperti telur dan daging kecuali anda memang ada alahan dengan telur. Makanan tinggi protein akan bantu dalam penghasilan tisu baru.
Notakaki : Jangan jadikan diri anda mangsa berpantang yang ketat kerana ia boleh diubahsuai mengikut peredaran masa.
Ada beza tau berpantang cara yang sihat dengan berpantang terlalu ketat.
Gambar Hiasan - Google |