t>

Breaking News

Caj Mahal La Bodega Walaupun GST 0%, Ini Penjelasan KPDNKK.

Kenyataan Media

Berikutan viral yang diterima kelmarin. Berikut adalah laporannya:

LAPORAN PEMERIKSAAN ADUAN HARGA DI LA BODEGA BSC BISTRO, BANGSAR SHOPPING CENTRE.

Tarikh : 01 JUN 2018
Masa : 08.45 malam






✍🏻 Laporan pemeriksaan :


a. Hasil pemeriksaan mendapati bahawa harga menu seperti aduan diterima pada resit telah dikemaskini dan ianya ditolak 6% GST secara manual, namun dalam tindakan untuk mengemaskini sistem secara keseluruhannya dari pihak HQ La Bodega.

b. Semakan juga mendapati pihak premis masih menggunakan Buku Menu lama yang harga termasuk 6% GST, dan dinasihatkan menukar Buku Menu yg 0% GST Serta dimaklumkan dalam tindakan untuk mengemaskini Buku Menu yang baru.

c. Makluman dari Operation Manager La Bodega perbezaan harga pada resit tersebut disebabkan terdapat sedikit masalah pada sistem harga yang diselaraskan oleh pihak HQ La Bodega.

▶ Tindakan


a. Notis S21 telah dikeluarkan kepada pihak La Bodega untuk mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan ke pejabat KPDNKK dalam tempoh 5 hari bekerja serta memberi perjelasan yang jelas di atas perbezaan harga seperti aduan.

b. Buku Menu dan resit telah disita untuk semakan dan siasatan lanjut seterusnya.