t>

Breaking News

Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Terkena Serpihan Mercun, Penyelia Ladang Didenda Cuma RM100.

Seorang penyelia ladang didenda RM100 berhubung kes bermain mercun sehingga mencederakan seorang kanak-kanak dua minggu lalu.

Nor Isham Tukiman, 35, mengaku bersalah bermain mercun yang mengakibatkan kematian di Felda Papan Timur pada 14 Jun lalu, lapor Harian Metro.

 
Dalam kejadian malam itu, Nuraqira Khaeefa Mohd Saad, 7, mengalami kecederaan parah di kepala akibat terkena serpihan mercun jirannya itu.

“Kalau saya nampak awak didakwa bermain mercun selepas ini, saya jatuhkan hukuman penjara,” kata Majistret Mazana Sinin selepas menjatuhkan hukuman.

Tertuduh didakwa bawah Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil keran memasang bunga api tanpa lesen. Keluarganya membayar denda tersebut.

Nuraqira Khaeefa meninggal dunia selepas empat hari dirawat akibat serpihan mercun itu yang terlekat di kepalanya pada insiden malam Aidilfitri lalu.


Sumber : MalayMail