t>

Breaking News

Menjawab P.Ramasamy Yang Kononnya Diserang Kerana Persoalkan Zakir Naik - Ustaz Firdaus Wong.

Oleh : Firdaus Wong

Ramasamy kata dia menjadi sasaran kerana dia persoalkan Dr. Zakir Naik? Ingin menagih simpati atau dia ingin mengelak isu sebenar?




1. Jikalau Ramasamy mahu masyarakat percayakan logiknya, maka kenapa dia tak fikir dan gunakan logik yang sama bahawa DZN menjadi sasaran kerana dakwahnya begitu berkesan sehingga ramai yang memeluk Islam?

2. Andai Ramasamy mahukan masyarakat mempercayai logiknya bahawa dia turut membantu dalam usaha damai di Acheh yang 99% maka kenapa Ramasamy tidak gunakan logik andai tuduhan kononnya ceramah DZN menyebabkan ada seorang dua pendengar menjadi pengganas, kenapa tidak gunakan logik berjuta kita lagi terinspirasi menjadi Muslim yang lebih baik kerana ceramahnya?

3. Isu Ramasamy bukannya isu kerana dia mempersoalkan kehadiran DZN tetapi Ramasamy ingin mengalih isu penglibatannya bersama LTTE dan malahan terdapat khabar angin dia juga rapat dengan kumpulan gangster! Betul ke khabar angin itu?

4. Banyak lagi kenyataannya yang terkini bercanggah dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ramasamy sendiri sebelum ini. Adalah semudah itu sekadar menafikan lalu ingin dilupakan?

5. Juga amat merisaukan apabila tiada seorang pun pucuk pimpinan DAP mengeluarkan kenyataan berhubung isu P Ramasamy & LTTE ini atau DAP tahu dan menyokongnya? Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

InshaAllah akan didedahkan satu persatu sebagai kesedaran untuk orang ramai. Isu kedaulatan dan keselamatan negara tidak boleh kita berkompromi tanpa mengira agama dan bangsa. IS dan Daesh kami tentang, ekstrimis agama dan bangsa lain juga perlu ditentang.

Di manakah suara masyarakat lain isu yang boleh mengancam kedaulatan & keselamatan atau hanya berani bersuara apabila melibatkan Muslim dan Islam?

Malaysia Baru ialah di mana semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama bersatu membantu pihak berkuasa menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.