t>

Breaking News

PU Amin Luah Perasaan Pasrah LGBT Semakin Berleluasa - Pengasas Jamu Nafi Jemput Mak Nyah Lancar Produk.

Tular kenyataan PU Amin yang meluahkan perasaan sedihnya apabila kegiatan LGBT semakin menjadi-jadi di Malaysia sejak kebelakangan ini.

Terbaru, pengasas produk Jamu Susuk Dara (JSD), Hanni Borhan yang mengadakan majlis pelancaran produk supplement kesihatannya semalam di Sunway Putra Hotel didakwa telah menjemput beberapa golongan maknyah bagi menjayakan majlis berkenaan.



Gambar-gambar majlis itu tular di laman sosial dan mendapat perhatian netizens.

Tindakan Hanni itu kemudiannya menerima kecaman dan kritikan bertubi-tubi dari netizens.

Hanni bagaimanapun menafikan dakwaan yang dikaitkan ke atas program anjurannya.


Menurut Puan Hanni, syarikatnya telah membayar sejumlah wang kepada pihak yang dilantik untuk menguruskan acara pelancaran produk dan syarikatnya juga menolak penglibatan LGBT di dalam program tersebut.

Puan Hanni juga menyatakan pihak mereka sendiri terkejut dengan penglibatan LGBT di dalam majlis berkenaan.

PU Amin dalam satu kenyataan bagi mengulas majlis itu menyatakan kekecewaannya kerana beliau menyifatkan LGBT ini langsung tidak boleh ditegur.
 
"Malam tadi di Grand Ballroom, Sunway Putra Hotel. Mereka terus mencabar dan mencabar kesucian agama ini. Aku sudah tidak mampu untuk berkata kata. Hanya doa dan harapan agar Allah Swt memberi petunjuk yang segera kepada kita semua..

Azab Allah tidak selektif, andai azab diturunkan kita semua bakal menjadi mangsa bala malapetaka ini. Inilah generasi anak anak keturunan yang kita hasilkan. Nak aku tegur dimaki hamun lagi, nak aku berlembut mereka terus mencabar dengan angkuh dan sombong..

Andai Rasulullah Saw masih ada, tentu Baginda akan menangis kerana diam nya mereka yang berilmu..

Cegah sebelum parah, dakwah sebelum rebah, pada Allah aku berserah..

TQ pada yang tag aku gambar ini dan minta aku tegur . Aku tak mampu untuk menegur lagi , kerana tiada daya dan upaya hanya berserah pada Allah Swt,"
katanya dalam luahan yang tular di Facebook sejak selasa itu.


Luahan itu turut mendapat perhatian ramai apabila setakat ini telah dikongsi sebanyak 5,000 kali. - SoZPress.