t>

Breaking News

Sudah-Sudahlah Hina Dan Perlekehkan Najib - Erma Fatima.

Pelakon dan pengarah terkenal tanahair, Erma Fatima menyeru agar semua pihak berhenti mengeluarkan kata-kata penghinaan ke atas Najib Razak dan keluarga memandangkan bekas Perdana Menteri itu kini berada dalam ruang pengadilan mahkamah.


 
Erma juga berharap agar bangsa melayu tidak lagi bergaduh sesama mereka disebabkan perpecahan politik dan berdoa agar diberikan kebenaran mengenai dakwaan ke atas Najib selama ini.

Berikut adalah luahan Erma Fatima;

"Airmata aku menitis tak pasal-pasal malam ni. SEBAK kerana sekian lama aku menunggu saat ini. KERANA jiwa aku makin sakit melihat BANGSA aku berbalah antara satu sama lain. Mungkin kalian boleh mengatakan aku BIADAB kerana seolah berharap pada penangkapan ini. Silakan! 

Aku BERHARAP penangkapan ini akan mengurangkan dosa kita semua. Dosa kita yang selama ini hidup di dalam teka teki. Spekulasi demi spekulasi sendiri. Hari ini kita tidak perlu lagi berteka teki. Sejahat mana pun beliau, tercatat di dalam sejarah beliaulah yang pernah memimpin negara kita satu ketika dulu. Kita tak mampu memadam sejarah.
 

Walaupun perit untuk dilalui oleh keluarga DSN dan penyokong BN namun aku berharap disinilah berakhirnya segala fitnah memfitnah, tuduh menuduh, hina menghina, maki bermaki, dendam berdendam dan segala macam mak nenek spekulasi kita kepada beliau. 

Saat ini akan menjadi saat bersejarah buat negara kita. Saat yang bakal membuka mata seluruh rakyat dan pemimpin negara yang lain tanpa mengira parti politik. 

Aku hanya mampu berdoa agar Allah tunjukanlah KEBENARAN kepada kami semua. KEBENARAN YANG ADIL DAN SAKSAMA. KEBENARAN yang bakal MEMBUKA MATA RAKYAT! KEBENARAN itulah dariMU Ya Allah.

Saya mohon kepada sahabat-sahabat semua. Hentikanlah memperlekeh dan menghina beliau. Itu bukan budaya kita, biarkan undang-undang menentukan segalanya. Saya percaya atas izin Allah PENANGKAPAN ini akan MEMBUKA SEGALA KEBENARANNYA. Saya berkata kata bukan atas nama Barisan Nasional, UMNO, Pakatan Pas atau parti apa pun. Saya berkata-kata sebagai seorang MANUSIA kepada MANUSIA lain.

Ampun dan Maaf dari saya wahai BANGSAku yang ku kasihi... BILA KAU ADA SAHABAT YANG MELAKUKAN KHILAF.
MAKA GENGGAMLAH TANGANNYA ERAT-ERAT DAN TEGURLAH SEGALA KEKHILAFANNYA.


ALLAH TELAH MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN BUAT SESEORANG YANG BERKASIH SAYANG SESAMA SAUDARA KERANA-NYA,"
katanya. - SoZPress.