t>

Breaking News

Bobo Di Mana, Perangai Alif Syukri Makin Melampau, Ini Surat Terbuka Untuk Rozita Ibrahim.

Oleh : Akhi Fairuz

Wahai Bonda Rozita Ibrahim yang saya kagumi.

1. Saya tak tahu nak mulakan dengan apa. Cuma, buat permulaan ni eloklah kiranya saya menyatakan rasa terkilan yang amat sangat akan tindak tanduk anak lelaki Bonda yang bernama Datuk Seri Alif Syukri.


2. Ya, saya maklum Bonda sudah beberapa kali menegur dan menasihati beliau, secara baik-baik. Samada yang terpapar dalam media sosial atau yang tidak dirakam. Namun Bonda, perbuatan Alif Syukri kali ini cukup melampau!

3. Bersama Lucinta Luna dan Sajat, beliau memuatnaik satu video muzik berjudul 'Bobo dimana'. Ketahuilah Bonda, aksi yang dipaparkan dalam klip video itu tak ubah seperti SOFT PORN!

4. Bonda, anak lelaki bonda yang itu bukan sahaja dikenali oleh orang dewasa, bahkan kanak-kanak. Beliau pernah muncul dalam watak animasi Upin Ipin. Walau ia kartun, tetapi tetap memberi impak kepada anak-anak kecil. Beliau beri nasihat jangan cepat putus asa, kena pandai berniaga, kreatif dan bermula dari bawah.

5. Anak saya yang berumur 3 dan 5 tahun pun suka dengan karektor beliau dalam episod Upin Ipin yang itu. Namun, tak tahulah apa respon anak saya dan anak-anak orang lain andai mereka tahu watak yang mereka gemari itu menghasilkan satu video soft porn bersama bintang maknyah yang terkenal dari Malaysia dan Indonesia.

6. Beliau tak tahu malu ke Bonda? Ke sebab dah biasa kena kecam hingga urat malu terputus?

7. Saya yang lelaki ni pun malulah melihat telatah mereka bertiga dalam video berkenaan. Buat aksi lucah atas katil dengan memaparkan buah dada jadi-jadian. Apa yang mereka cuba paparkan sebenarnya? Mahu marketing produk hingga tak tahu beza halal haram? Nak salahkan siapa? Salahkan Sajat? Lucinta? Tiada orang lain yang lebih faham agama antara mereka bertiga melainkan Alif Syukri sendiri. Kalau beliau tak mulakan, tak adanya video itu terhasil.

8. Datin Shahida pun dah beberapa kali menegur suaminya. Saya ikuti juga video yang anak lelaki Bonda update di Instagram. Sajat dan Alif Syukri menuding jari satu sama lain bila isu yang sama berulang, mereka dikecam teruk oleh netizen. Sajat salahkan Alif Syukri, Alif Syukri salahkan Sajat.

9. Bukannya beliau tak belajar dari kesilapan lepas. Punyalah kami ni berpakat klik dislike pada video Abang Nak Tegur beliau dahulu. Tapi apa yang kami dapat? Beliau teruskan juga, siap keluarkan bajet berjuta-jura ringgit buat official music video di Sepanyol.

10. Kalaulah saya jadi anak kepada Datuk Alif Syukri, pasti saya rasa malu. Ya lah, bila pergi ke sekolah kawan-kawan dok tanya kenapa dengan bapak kau? Kenapa buat video dengan maknyah? Kenapa aksinya tak senonoh? Ayah awak tak fikir ke ramai budak-budak yang tonton? Ayah awak tak pernah rasa ke apa yang dia buat menjadi ikutan remaja?

11. Jika beliau berfikir hingga sejauh ini, pasti beliau tak buat benda-benda bodoh begini. Produk D Herb tu tak perlukan publisiti murahan Bonda. Rakyat Malaysia dan kenal.

12. Ada yang kata, abaikan je beliau. Memang dia sengaja buat macam tu sebab nak perhatian. Tak suka, tak payah tonton. Masalahnya sekarang Bonda, kalau dibiarkan, lagi menjadi-jadi perangainya. Kita ni hidup bermasyarakat. Kalau ada anggota masyarakat yang buat silap, kita kena tegurlah. Apatah lagi yang buat hal tu seorang public figure.

13. Bonda tahu apa kesan klip video ini pada budak-budak sekolah? Mereka akan ikuti apa yang dibuat oleh ikon pondan terkenal Malaysia ini. Adik-adik lelaki lembut yang baru berjinak-jinak dengan dunia kepondanan akan rasa ok je tengok Sajat dan Lucinta.

14. Tolonglah Bonda. Kami ni hanya dapat report pada pihak Youtube yang video berkenaan memiliki konten berunsur seks. Biasanya, Youtube tak akan layan.

15. Yang boleh ubah semua ini adalah si Alif Syukri sendiri. Kami tahu beliau seorang lelaki yang budiman, cinta pada isteri, baik dengan anak-anak, bayar zakat tiap-tiap bulan. Namun ia bukan syarat untuk hasilkan soft porn demi publisiti, marketing serta keuntungan dunia semata-mata.

16. Namun, kalau nasihat kami dan Bonda tak jalan juga, eloklah untuk saya cadangkan perkara ini kepada beliau. Alang-alang dah buat soft porn, apakata terus je kembangkan ia menjadi bisnes pornografi yang sebenar. Kaya pun kaya. Untung berbilion ringgit. D Herbs pasti akan dikenali di mata dunia dalam menghasilkan produk kesihatan disamping mengeluarkan video lucah berkualiti dari Malaysia.

Ia cadangan serius. Bukan sarcasm.

All the best Datuk Seri Aliff Syukri Terlajak Laris!

Nota : Tetap ada yang tak faham. Nombor 16 tu sarcasm. Siap nak kena declare tu. Rasanya yang komen begini baru first time datang ke wall saya kot.

Satu lagi, memang saya sengaja mention Bonda Rozita. Beliau je yang dapat tegur anaknya. Nak harapkan kita netizen, mana dia layan.