t>

Breaking News

Hamil Selepas Berhenti Minum Kopi.

Oleh : Dr. Zubaidi

HAMIL SETELAH BERHENTI MINUM KOPI

Beberapa pesakit saya yang mengalami masalah sukar hamil, akhirnya hamil setelah mereka berhenti meminum kopi.

Sebelum ini mereka tidak sedar bahawa mereka telah mengambil kafein secara berlebihan.

Gambar - Ihsan Google
Ini kerana kopi bukanlah satu-satunya sumber kepada kafein. Minuman lain seperti teh , soda, coklat, dan beberapa ubat yang boleh dibeli di farmasi bagi melegakan sakit kepala juga mungkin mengandungi kafein.

Jadi pengambilan campuran minuman, makanan dan minuman ubat2an sebegini menyebabkan pengambilan kafein yg berlebihan tanpa mereka sedari.

Bagi sesetengah wanita kafein didapati mengganggu kehamilan.

#dietdrzubaidi

Maha Suci ALLAH...