Bukan SU Politik Menteri Yang Merogol - PDRM.
Polis sahkan S/U politik ketua menteri bukan individu terlibat kes rogol
Polis Sabah mengesahkan Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew iaitu Raymond Ahuar, bukan individu yang terlibat dalam kes rogol dua wanita warga Indonesia seperti yang didakwa oleh satu video klip yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata susulan satu laporan mengenai kes rogol pada 25 Sept lepas, pada hari berikutnya polis sudahpun menahan seorang suspek warga tempatan yang berumur 31 tahun yang bekerja sendiri, di Keningau.
"Kita minta kepada semua pihak supaya tidak menyebar berita tidak betul, dan hentikan sebarang spekulasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kota Kinabalu hari ini.
Menurutnya laporan polis dibuat oleh kedua-dua wanita yang berumur 23 dan 36 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau pada 25 Sept lepas, manakala Raymond membuat laporan polis mengenai penyebaran video klip yang berkaitan dengan kes itu Jumaat lepas.
Baru-baru ini satu klip video yang berdurasi satu minit 25 saat mengenai dakwaan penglibatan calon Timbalan Angkatan Muda Keadilan Pusat dengan kes itu menjadi tular di media sosial.
Sementara itu Omar berkata polis akan mengemukakan kertas siasatan berhubung ugutan jenayah melibatkan Tan Sri Musa Aman terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat. - SoZPress.
Sumber : SabahKini
Polis Sabah mengesahkan Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew iaitu Raymond Ahuar, bukan individu yang terlibat dalam kes rogol dua wanita warga Indonesia seperti yang didakwa oleh satu video klip yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata susulan satu laporan mengenai kes rogol pada 25 Sept lepas, pada hari berikutnya polis sudahpun menahan seorang suspek warga tempatan yang berumur 31 tahun yang bekerja sendiri, di Keningau.
Sebaran di sosmed - Facebook |