t>

Breaking News

Dan Bila Membiarkan Anak Leka Dengan Handphone, Inilah Jadinya..

UBAHLAH!

Aku duduk di tebing tempat duduk, tulang belakang menegak dan sedikit mendada, senyum, lalu mulakan bicara. Ayah saya kata, doktor kena sentiasa nampak teruja apabila berhadapan pesakit.

"Assalamulaikum. Apa khabar? Sakit apa hari ini?"

Krik krik krik....


Gambar - Ihsan Google
Dua saat berlalu, pandangan gadis berumur 13 tahun itu masih tertumpu pada skrin retina display iPhone 6s berwarna keemasan di tangannya. Sesekali tersenyum, dan seraya menaip sesuatu. Setelah itu, masih juga tiada jawapan.

"Adik! Doktor tanya tu! Jawablah!" Tegur si emak.

"Senggugut!" Ujarnya sambil membalas mesej di WhatsApp. Pandangannya sedikit pun tidak lekang daripada skrin gadget yang bernilai ribuan ringgit tersebut.

"Hari ni hari ke berapa?"
tanyaku lagi.

Dua saat berlalu. Sekali lagi soalanku dibiarkan tidak berjawab. Nampaknya, perbualan di WhatsApp itu lebih penting daripada perbualan antara saya dengan beliau.

"Assalamulaikum, nak jumpa doktor ke tidak? Bak datang telefon tu." Tegur ku sambil mengambil telefon pintarnya dari tanganya dan kemudian saya serahkan pada si emak.

"Ish mak ni! Jawabkanlah! Tak nampak ke orang tengah sibuk! Baktang telefon tu!"

Aku tahu sudisiasat itu penting, tapi aku hanya teruskan pemeriksaan tanpa sebarang bicara kerana aku takut tak dapat kekang diri daripada meledakkan kemarahan. Luluh hati, bagai kaca terhempas ke lantai.

Silap kita juga. Kalau ibu bapa lebih rapat dengan telefon pintar daripada dengan anak-anak, inilah hasilnya; generasi yang bertamadun tinggi tapi mundur peradaban.

"Doktor, ampunkan anak saya, doktor." Mohon si emak lalu mengetap bibir dan meninggalkan bilik konsultasi sambil menundukkan pandangannya ke lantai.

Saya dapat rasakan kekesalan dan kehampaan beliau melalui nada dan ketar suaranya. Gadis itu yang perlu tagih keampunan daripada emaknya. Apalah ertinya keampunan saya tanpa keampunan dari seorang emak.

"MAK! KENAPA TAK MINTAKKAN MC! ORANG KAN TAK PERGI SEKOLAH TADI! ISH!"

Tiba-tiba kedengaran pekikan suara budak tadi di kaunter hadapan. Aku segera capai buku sijil cuti rehat.

Sesungguhnya, sijil cuti itu aku beri bukan kerana gadis kecil itu layak, tapi aku tak sampai hati nak lihat si emak memohon. Sambil aku tandatangani sijil cuti sakit itu, airmata ku bergenang.

Ya Allah. Ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa mereka yang sebelum kami dan juga yang bakal menggantikan kami.

Ubahlah. Ubahlah. Ubahlah.

Marilah jadi masyarakat yang bertamadun dan berperadaban.

Ikhlas,
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Seorang bapa yang risau