t>

Breaking News

Hina Orang Dalam Maharaja Lawak, Gegar Vaganza, Penonton Tetap Akan Gelak Terbahak-Bahak Macam Lawak Sangat..

Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
 
"Kenapa orang lain buat, tak ada siapa yang kecam? Kenapa semua orang nampak salah saya sahaja?" Ngomel Datuk Seri Aliff Syukri di akaun Instagram beliau.

Sebenarnya, mengutuk ras wajah, warna kulit serta fizikal seseorang sudah menjadi budaya dalam masyarakat, baik di media sosial mahupun di dunia nyata.

Pelopor paling utama dalam dunia hiburan adalah si Dato AC Mizal. Beliau 'pakar' menghina fizikal orang lain, diikuti oleh peserta Maharaja Lawak yang kering idea; sering mengulang-ngulang kelainan fizikal ahli kumpulan.




Siapa yang selalu 'redha' dikutuk dek survival pertandingan seperti ini? Itu yang botak bergigi jongang, si badan besar dalam kumpulan, si hitam kurus-kurus walaupun nama group Putih, yang rambut afro berasal dari Sabah, juga si pendek dari Indonesia.

Itulah modal yang diulang-ulang selama bertahun-tahun.

Hina fizikal dalam Maharaja Lawak Mega? Penonton ketawa terbahak-bahak.

Hina fizikal, warna kulit dan raut wajah dalam Gegar Vaganza? Penonton juga ketawa terbahak-bahak.

Sungguh, telah hilang secara halus Rukunegara yang kelima, Kesopanan dan Kesusilaan.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah