t>

Breaking News

Kesan Menolak Suntikan Vitamin K, Bayi Berisiko Mengalami Pendarahan Otak.

Oleh : Amirul Amzar

SUNTIKAN VITAMIN K : PERKONGSIAN KES SEBENAR

Terdapat sebuah kompilasi kajian kes berkaitan pendarahan akibat kekurangan vitamin K pada bayi. Kes-kes ini dikumpul dalam tempoh 8 bulan di sebuah hospital di Nashville, Amerika Syarikat.

Kajian ini dilakukan kerana peningkatan bilangan kes penolakan suntikan vitamin K yang menyebabkan peningkatan kes pendarahan disebabkan kekurangan vitamin K.

Sepanjang 8 bulan itu, seramai 7 orang bayi disahkan mempunyai masalah kekurangan vitamin K. Mereka ini tidak menerima suntikan vitamin K sewaktu kelahiran.

Daripada 7 orang bayi itu, kesemua mereka menunjukkan parameter pembekuan darah yang tidak normal.

Daripada 7 orang bayi itu, 5 orang mengalami pendarahan.

Daripada 5 orang bayi yang berdarah itu, 4 orang mengalami pendarahan di dalam otak.

Daripada 4 orang bayi yang mengalami pendarahan otak itu, 2 orang memerlukan pembedahan otak.

Saya kepilkan gambar imbasan kepala keempat-empat bayi yang mengalami pendarahan otak tersebut. Boleh lihat kawasan putih dalam imej itu. Itu adalah darah yang berkumpul dan menekan tisu otak.


Bayangkan bayi seawal 6 minggu perlu ditebuk kepalanya bagi mengeluarkan darah beku walhal pekara ini boleh dicegah dengan satu suntikan vitamin K selepas kelahiran.

Ironinya, kesemua bayi yang mengalami masalah ini dirawat dengan suntikan vitamin K disamping beberapa rawatan lain.

Awalnya nak elak vitamin K, akhirnya kena bagi vitamin K juga, malah dengan pelbagai rawatan tambahan lain.

Sanggupkah tuan puan melihat anak tuan puan mengalami pendarahan otak? Sanggupkah melihat kepala anak sekecil 6 minggu ditebuk? Sanggup lihat anak-anak membesar dengan lumpuh separuh badan akibat kerosakan otak?

Kalau sanggup, tolaklah suntikan vitamin K.

Sumber kajian : http://www.pedneur.com/artic…/S0887-8994(14)00141-6/fulltext