t>

Breaking News

#MalaysiaBaru, Boleh Edar Bible, Ini Pandangan Ustaz Firdaus Wong.

Oleh : Firdaus Wong Wai Hung (Official)
 
Isu Pengedaran Bible Di Pulau Pinang, berikut adalah komen saya;

1. Ini bukan isu yang baru kerana pada tahun 2013, perkara yang sama telah berlaku juga di Pulau Pinang. Ini cuma pengulangan.

2. Semua maklum bahawa agama Islam adalah agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan tetapi tidak boleh disebarkan kepada penganut agama Islam. Ini adalah undang-undang di Malaysia yang perlu dipatuhi oleh semua yang berada di Malaysia.


3. Islam tidak menghalang agama lain untuk disebarkan hatta kepada orang Islam sendiri tetapi semua pihak perlu menghormati perlembagaan persekutuan dan undang-undang negara.

4. Saya melihat ini sebagai suatu yang menarik kerana apabila NGO kami iaitu Multiracial Reverted Muslims (MRM) mengedarkan Al-Quran terjemahan secara percuma kepada orang ramai, Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) lantang mengkritik usaha kami yang merupakan hak termaktub dalam perlembagaan orang Islam di Malaysia tetapi sehingga kini pihak MCCBCHST masih berdiam diri akan tindakan ini.

5. Apakah MCCBCHST ini double standard hanya mengkritik Islam dan apabila terdapat pihak yang melanggar perlembagaan persekutuan mereka berdiam diri?

6. Saya sebagai Muslim tidak risau akan pengedaran Bible kerana sebagai Muslim saya yakin Al-Quran adalah wahyu terakhir Allah yang dipelihara dan bukannya Bible yang diyakini telah diseleweng. Maka menurut ajaran Islam, apabila yang haq bertembung dengan yang batil, yang batil pasti akan lenyap.

7. Adakah ini juga salah satu taktik 'test water' untuk melihat sejauh mana keseriusan kerajaan baru dalam membuka lebih banyak ruang untuk perlembagaan persekutuan dicabuli?

8. Diamnya Menteri Perpaduan dalam isu ini juga tidaklah mengejutkan saya kerana dahulu semasa belum menjadi Menteri, beliau & HINDRAF lebih banyak menumpukan masa dan serangannya kepada Islam & Muslim tetapi apabila Islam & Muslim yang menjadi mangsa, didiamkan olehnya.

9. Kenyataan Menteri Agama yang mengatakan PENGEDAR KITAB BIBLE TERSALAH BAGI seolah-olah mencarikan alasan bagi individu tersebut sedangkan sebagaimana dulu isu P Ramasamy yang dikaitkan dengan LTEE beliau lebih awal mensucikan Ramasamy sebagai tiada kaitan sedangkan perjumpaan belum diadakan.

10. Saya menyeru kepada Muslim untuk sama-sama mempergiatkan usaha dakwah dengan berkongsikan mesej Islam serta mengedarkan terjemahan Al-Quran kepada mereka yang berminat dan bukannya sekadar mengadu. Mereka akan terus dengan usaha mereka maka kita juga perlu mengandakan lagi usaha kita.

Wallahualam.