t>

Breaking News

Rusuhan Bukti ICERD Belum Sesuai Di Malaysia, MAZA Cadang Tukar Himpunan Bantah ICERD Kepada Himpunan Ummah..

Tukar perhimpunan bantah ICERD kepada perhimpunan survival ummah, itulah kenyataan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin bila mengulas mengenai rusuhan kuil yang berlaku pada pagi selasa 27 November 2018 itu.

Menurut MAZA lagi, umat islam perlu melupakan perbezaan diantara mereka buat sementara waktu bagi memastikan kelangsungan umat Islam di negara ini.




Berikut adalah kenyataan penuh;

Ini kenyataan Dr. Asri Zainal Abidin (MAZA): Rusuhan pengganas yang baru berlaku menunjukkan betapa 'budi baik' bukan semuanya dikenang. Demikian juga sikap yang santun dan baik bukan semestinya dihargai. Maka, ini membenarkan pandangan bahawa ICERD belum serasi dengan iklim Malaysia.

Saya ingin mencadangkan kepada pihak yang ingin mengadakan perhimpunan bantahan ICERD untuk menukar kepada Perhimpunan Survival Umat. 


Ia lebih luas merangkumi aspek yang lebih besar. Ini memandangkan kerajaan sudah mengisytiharkan tidak akan meratifikasi ICERD. 

Sementara dalam suasana sekarang, Umat perlukan pertemuan dan panduan untuk membahaskan langkah-langkah masa depan yang sewajarnya. Lupakan perbezaan antara kita. Bersatu untuk masa depan Ummah.

Ini kenyataan Ustaz Rozaimi Ramlee (RORA): Kerajaan kena bersikap tegas tidak kira kepada siapa. Siapa yang melanggar undang-undang negara dan merusuh sehingga mencederakan mereka yang tidak bersalah patut ditangkap dan dihukum. Apatah lagi jika yang diserang dan dipukul itu pegawai kerajaan yang bertugas meredakan rusuhan.

Jangan melampaui batas! Negara ini ada undang-undang.