t>

Breaking News

Bagaimana Brunei Mendidik Rakyatnya Untuk Menjauhi Rokok?

BAGAIMANA BRUNEI MENDIDIK RAKYATNYA UNTUK MENJAUHI ROKOK?

 
👉 Kerajaan memulakan rancangan tersebut secara berperingkat.

👉 Pada mulanya kerajaan gunakan pendekatan harga. Harga rokok di Brunei dinaikkan secara semakin lama semakin mahal sehingga rakyatnya mengeluh dan tidak sanggup membelinya.

👉 Apabila itu berlaku, kerajaan pun mengharamkan penjualan rokok.

👉 Bagaimana kerajaan tanggani masalah rokok seludup?

👉 Di Brunei jika terkantoi merokok di kawasan awam & memiliki rokok seludup, anda akan berhadapan dengan 3 jenis penguatkuasa.

👉 Yang pertama : Polis. Yang kedua : Pegawai Kesihatan. Yang ketiga : Pegawai Imigresen.

👉 Polis & Pegawai Kesihatan akan melaksanakan kaunseling (perlu mengakui enggan mengulangi perbuatan merokok di tempat awam), hukuman & denda. Manakala Pegawai Imigresen berperanan menyiasat sehingga ke akar umbi bagaimana rokok boleh terlepas masuk ke Brunei, atas tujuan apa & sebagainya.

👉 Cara denda dikenakan ialah;

Kali pertama BD 300
Kali kedua BD 1,000
Kali ketiga BD 5,000


👉 Denda perlu dibayar penuh atau tidak, berhadapan dengan hukuman penjara.

👉 Kenapakah kerajaan melarang rakyatnya merokok secara terbuka walau dimana-mana kawasan di Brunei? 


Jawapannya : alam ini milik rakyat Brunei bersama. Oleh itu semua berhak menghirup udara yang segar, bebas pencemaran & perkara yang merosakkan kesihatan masing-masing.

👉 Selain rokok, vape juga tidak dibenarkan di Brunei.

👉 Jika ada yang mahu merokok, mereka boleh membeli di sempadan Sarawak (Malaysia) - Brunei. Paling banyak 2 pek sahaja. Perlu diisytiharkan, dihisap dalam premis sendiri & bukan bertujuan komersial.

👉 Di seluruh kawasan awam Brunei, termasuklah lapangan terbang, restoran, tandas, hotel, kedai-kedai, taman, tempat riadah, kawasan perumahan, pejabat adalah KAWASAN LARANGAN MEROKOK.

Terima kasih.

Sumber : Steemit.com