Ini Luahan Bapa T20 Kerana Anaknya Gagal Masuk MRSM..
Oleh : Fdaus Ahmad
Tulisan aku ini untuk perhatian ibu ayah kumpulan M40 (pendapatan sederhana) dan T20 (pendapatan tinggi) yang sekarang sedang huru hara sebab anak anak UPSR 6A, 5A bla bla tidak terpilih untuk kemasukan SBP/MRSM panggilan pertama.
Ya anak aku pun salah seorang daripada anak anak kalian.
Di portal portal, komentar, hatta di Malaysiakini kita dapat pelajari yang pengambilan Tingkatan 1 sesi 2019 terfokus pada kumpulan B40 dengan kuota 60-65%, hanya selebihnya untuk rebutan kumpulan M40 dan T20.
Tuan/Puan,
Antara isu yang terbangkit adalah hal KEADILAN, di mana anak anak M40/T20 yang juga belajar susah payah nak dapatkan 5A/6A tetapi tidak diberi keutamaan masuk ke SBP/MRSM berbanding B40 yang cuma 2A 3A (sudah layak dipanggil).
Di sini aku nak tekankan semula perkara paling aula dalam diskusi yang sedang berlangsung;
Bagaimana berkesannya kaedah penentuan pendapatan keluarga?
Mak ayah akan declare pendapatan berserta slip gaji (atau apa apa proof of income) lama (keywordnya 'lama') sebelum anak anak ambil UPSR.
Jadi, kata tentu menakrif kategori pendapatan B40, M40 atau T20 benar benar terletak pada dapatan borang yang aku sebut tadi, di mana guru akan memasukkan semua data pendapatan itu ke dalam sistem online untuk kegunaan kementerian dikemudian hari.
Sekarang kita tengok contoh ni;
Katakan pada Januari 2018 ayah A si peniaga Ayam Rangka Pasar Malam isi pendapatan keluarga sebanyak RM2,000 sebulan. Memang benar itu lah pendapatan bulanannya pada masa dan ketika itu. Maka kategori A adalah B40.
Tetapi pada bulan Feb, dia expand cawangan ke tapak Pasar Malam lain. Mac satu lagi, April satu lagi dan pada September 2018 usai A menduduki UPSR, pendapatan bulanan keluarganya sudah berubah menjadi RM18,000 sebulan. Lalu sekarang, kategori A sudah menjadi T20.
Nampak?
Hal ini terguna pakai dalam keadaan reverse.
Di mana ayah B pada Januari 2018 meletakkan pendapatannya sebanyak RM18,000 sebulan kerana memiliki 9 cawangan Ayam Rangka Pasar Malam. Maka deklarasi pendapatan jatuh dalam kategori T20.
Namun setiap cawangan mengalami masalah dan terpaksa ditutup yang pada akhirnya, usai B menduduki UPSR pada September 2018, pendapatan keluarganya sudah jatuh ke kategori B40.
Hal yang sama terguna pakai kepada ibu ayah bekerja swasta/kerajaan di mana mereka boleh dinaikpangkat/bertukar kerja dengan gaji lebih sambil berniaga online atau menjadi ejen Takaful dengan pendapatan tambahan 4-5 ribu sebulan.
Reverse juga boleh berlaku jika mereka ini dikenakan VSS atau isteri berhenti kerja sebab kena jaga anak kecil.
Argument paling fokal dalam hal penyusunan kategori pendapatan ini adalah sejauh mana efisyen dan tepatnya kaedah yang diguna pakai?
Terdapat lebih kurang 400,000++ calon UPSR 2018. Makanya 400,000++ jumlah penilaian yang mesti dibuat bagi menentukan kategori ini.
Seperti mana kita akui terdapat ramainya orang miskin bandar yang disalah tafsir sebagai berduit, kita juga kena akui ramai juga orang yang kaya kampung yang disalah tafsir sebagai kurang berduit.
Itu belum kita sentuh soal manipulasi.
Contohnya aku amik diri sendiri lah senang.
Dalam borang tu dia nak tahu;
Kerja/jawatan
Pendapatan bulanan
Jumlah tanggungan
Ok aku ada beberapa kerja.
Ada jawatan yang aku earn income T20, ada M40 dan ada juga B40.
Setiap jawatan ini berbeza portfolio dan of course berbeza nilai pendapatan bulanan.
Jadi kalau aku letak jawatan yang income B40 pun aku tak dikira menipu sebab memang betul itu jawatan aku dan ada slip income bulanan.
So macam mana?
Borang tu tak tanya aku duduk rumah apa atau ada pakai BMW RnineT ke tidak?
Nampak tak loophole nya?
Tapi sebab aku nak berlagak hari tu, jadi aku declare lah T20 yang akibatnya sekarang anak aku kena tanggung sebab makin malap lah nak ke SBP/MRSM. Sudah la tak dapat 6A, T20 pulak tu..haaa belajar lah kau di sekolah biasa!
Tak bagus ke sekolah biasa?
Amboiiih dia punya kerek bertanya.
Kalau anak kau secara keputusan merit dapat bagus, dan dia ada cita cita nak masuk sekolah SBP/MRSM, di mana salah dan silap mereka?
Adakah mereka ini dapat result bagus tak payah belajar?
Sebagaimana kita meraikan anak anak B40 untuk ke sekolah bagus, jangan lah kita nafikan usaha dan penat lelah anak anak M40 dan T20 yang juga ingin ke sekolah bagus.
Berdosa kah anak anak UPSR bagus ni beribu bapakan M40 dan T20?
M40/T20 boleh sediakan duit itu ini mudahkan anak anak belajar dan jadi cemerlang kata mereka. Tak payah SBP/MRSM ni semua.
Amboiiih.
Habis orang kaya di Changlon dan Hutan Aji tu nak hantar anak kelas renang di mana? Berlatih cakap English dengan siapa? Nak cari guru guru pakar graduate oversea di ceruk kampung mana?
Begitu lah tuan puan.
Tapi tidak mengapa lah.
Untuk kali ini, demi anak anak kalau perlu kita merayu dan minta sedekah panjatnaik turun pejabat SBP atau pejabat MARA, kita buat lah.
Panggilan ke berapa pun tak apa lah asalkan kita usaha sebaiknya.
Dah habis usaha, kalau tak dapat juga maka itu bukan rezeki mereka.
Semoga ibu ayah M40 dan T20 tabah menghadapi dugaan.
#UPSRUpset2018