t>

Breaking News

Apa Tommy Thomas Akan Buat Terhadap Eric Liew & Rupesh Muniandy?

Oleh : Arif Atan

Apa Tommy Thomas akan buat terhadap Eric Liew dan Rupesh Muniandy?

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Puzi Harun semalam sebut pihaknya AKAN menyiapkan kertas siasatan SECEPAT MUNGKIN terhadap laporan diterima berkaitan provokasi susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Kata Mohamad Puzi lagi, kertas siasatan itu AKAN dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya. Semoga AKAN cepat-cepat menjadi TELAH.



Pastinya kita menantikan tindakan tegas yang SECEPAT MUNGKIN pula oleh Peguam Negara, Tommy Thomas.

Warganegara Malaysia seperti Eric Liew dan Rupesh Muniandy yang bukan rakyat Taiwan atau Republik Rakyat China atau India atau Republik Singapura dan sekutu-kutunya yang selamba menghina Ketua Utama Negara menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan tidak harus dibiar lepas bebas.

Kalau orang Melayu pada era pentadbiran BN sebelum ini boleh dipenjara sehingga lapan bulan kerana menghina Agong, apa istimewanya orang Cina dan India pada era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk bebas menghina institusi diraja?

Semoga ada tindakan sepatutnya di pihak Peguam Negara terhadap segala hasil siasatan polis itu.

Pasca Tragedi Adib yang menyaksikan dua malam berturut-turut ribuan kaum India penganut Hindu merusuh di kuil menghalang trak FRU, memukul orang awam, menyerang kenderaan bomba dan membelasah anggota bomba; kejujuran dan kesetiaan sebagai warganegara Malaysia dalam menghayati prinsip Rukun Negara sedang dinilai.

Orang Melayu tidak akan diam terhadap mereka yang sudah besar kepala menganggap pihak berkuasa tidak akan berani bertindak.




Orang Melayu merentas fahaman politik kepartian ibarat diam-diam ubi sedang tajam memerhati!