Dikecam Kerana Bina Kuil Depan Flat.
DIKEMASKINI 6 Januari/12 pagi - Kerajaan Negeri Johor digesa untuk menyiasat pembinaan sebuah kuil berhadapan sebuah rumah flat yang tular sejak semalam.
Kuil tersebut dibina betul-betul berhadapan sebuah rumah dan menghalang laluan keluar masuk kenderaan. Perkara ini menyebabkan penduduk menyatakan bantahan dan ketidakpuasan hati.
Ketika disebarkan di sosial media, meskipun kebanyakan netizens menyatakan bantahan namun terdapat sesetengah penganut Hindu yang membenarkan binaan tersebut atas alasan ia dibina menggunakan wang sendiri.
Untuk rekod, lokasi kuil itu ialah di blok 18, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai.
Susulan penyebaran gambar kuil itu, beberapa penguatkuasa telah mengadakan tinjauan di lokasi yang dinyatakan. Apatah lagi netizens juga bertubi-tubi membuat aduan mengenainya.
Info terbaru yang diterima ialah penduduk hanya menunggu langkah susulan dari pihak yang terbabit untuk bersihkan binaan kuil tersebut. Tempoh masa juga telah diberikan kepada pihak yang berkenaan.
Sumber memaklumkan sekurang-kurangnya pemilik mempunyai tempoh sehingga 15 Januari untuk membersihkan kawasan tersebut atau berdepan dengan tindakan seterusnya.
Turut dimaklumkan, pemilik memberikan kerjasama dan akan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Ini bukan kali pertama penganut hindu dikritik kerana membina kuil tanpa mengikuti protokol kerajaan. - SoZCyili.