t>

Breaking News

Kantoi Video Joget : Pengamal Undang-Undang Patut Jaga Status Kata DR. MAZA.

Oleh : Dr. Asri Zainal Abidin

Tarian Ahli-ahli Undang-undang 

 
Ramai yang bertanya pandang pasal rakaman tarian ahli-ahli undang-undang yang tersebar. Pada saya, bukan isu soal ingin berhibur ataupun itu majlis GALA DINNER. 




Setiap orang ada cara kehidupan tersendiri apatahlagi bagi yang mempunyai kepercayaan yang berbeda. Itu adalah pilihan masing-masing. 

Namun, bagi individu-individu yang memegang peranan penting dalam negara dan mempunyai nama dalam masyarakat seeloknya hendaklah mengawal cara dan kesantunan di khalayak awam agar tidak dianggap 'tidak menjaga ketertiban' yang sepatutnya. 

Apatah lagi apabila lambang negara dan institusi penting ada di situ. Ini kerana, dalam budaya masyarakat kita di Malaysia, hal seperti ini mengundang persepsi yang salah dan menurunkan nilai penghormatan di mata awam.

Kita tidak mempertikaikan Saudari Siti Kasim. Kita percaya tiada siapa yang rasional akan mempertikaikan beliau sekalipun jika keadaan seribu kali lebih dari ini. Harap beliau tidak salah faham dan menganggap hal ini ditujukan kepada beliau.

Kita ingin berbicara kepada mereka yang patut menjaga status disebabkan kedudukannya atau nilai positif yang ada padanya dalam masyarakat dan negara. Hal ini mesti diberikan perhatian tanpa mengira latar politik dan kefahaman. - 19 Januari 2019.