Linda Rafar Cipta Rekod, Saman 100 Netizens Kerana Beri Komen Mengaibkan & Menfitnah.
Bukan satu bukan dua tapi seratus netizens Malaysia bakal disaman oleh penyanyi dan pelakon Linda Rafar gara-gara terkesan dengan komen-komen yang dianggap mengaibkan dirinya di laman sosial.
Menurut Linda, 100 individu tersebut telah dikenalpasti dan diberikan tempoh selama 14 hari untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun sosial media masing-masing.
Tindakan itu diambil bagi mendapatkan keadilan buat dirinya dan keluarga selepas reputasi mereka terjejas teruk ekoran dari komen yang disifatkan keterlaluan sehingga ke tahap mengaibkan.
Tambah Linda, saman itu dibuat bagi memberi pengajaran buat semua pengguna sosial media yang kini dilihat tanpa rasa bersalah melemparkan komen yang menghentam dan memfitnah.
Kisah ini bermula apabila Linda Rafar memuatnaik gambar sekumpulan jururawat yang berkhidmat di Hospital Shah Alam dan mengatakan kumpulan jururawat itu tiada adab.
"Kita cakap baik-baik, dia boleh kurang ajar. Awak tu Islam dan bertudung. Kenapa yang lain boleh hormat awak tak boleh nak hormat ye," katanya ketika meluahkan perasaan di Instagram.
Selepas menyebarkan gambar tersebut dengan niat untuk jururawat, Linda kemudiannya didesak untuk meminta maaf atau berdepan tindakan saman, Linda bagaimanapun tidak berganjak meskipun amaran dan tempoh telah diberikan.
Hal itu membuatkan warganet "membawang" mengenai sikap Linda Rafar yang enggan mengalah dan sesetengah dari mereka dianggap mengeluarkan komen-komen yang berupaya menyakitkan hati, mengaibkan dan jelik serta menambahkan tekanan perasaan.
Dan itulah sebabnya Linda Rafar mengambil keputusan untuk menyaman 100 netizens tersebut.
"Alhamdulillah…. Segala yang tersimpan dalam lubuk hati dapat saya luahkan. Semacam lega dapat berkongsi dengan anda semua hari ini.
Sedikit yang tersimpul berjaya dirungkai. Yang terbuku turut dilembutkan oleh air mata mengenang arwah emak. Selesai sudah Sidang Media Linda Rafar berkaitan isu fitnah yang menjadi viral baru baru ini.
Maaf atas segala kekurangan dan terima kasih buat wakil wakil media yang sanggup datang untuk menjayakan majlis. Linda juga mohon maaf tak dapat berkongsi details berkenaan tindakan terhadap pihak pihak yang sedang berlangsung.
Terima kasih team peguam linda @hafidzahhassan dari @nha_lawfirm atas kesudian berkongsi masa dan menyokong linda serta melakukan yang terbaik.
When forgive and forget is not enough for another person, one person has to stand for her own rights i guess. Doakan saya. Semoga doa doa baik anda untuk saya akan sampai kepada anda juga.. Tq to all my family & I love my supporters 💋 #prayforlindarafar," kata Linda.