Peniaga Bundle Jumpa RM20,000 Dalam Kot, Mufti Kelantan Mahu Wang Diserahkan Kepada Baitulmal.
Keghairahan berkongsikan apa sahaja cerita yang berlaku dalam hidup masing-masing di sosial media akhirnya memakan diri.
Itulah yang berlaku kepada peniaga bunddle yang dikenali sebagai Wan Mohamad Adam Wan Mohamed apabila Mufti Kelantan mengarahkan beliau untuk memulangkan semula wang yang dijumpainya dalam guni bundle kepada baitulmal.
Terdahulu kisah peniaga bundle yang berusia 29 tahun itu menjadi tular di sosmed berikutan berkongsikan kegembiraannya kerana menjumpai wang tunai bernilai 550,000 yen persamaan RM20,000 dalam sebuah dompet berwarna hitam yang berada dalam sehelai kot.
Di sosial media, warganet menzahirkan pelbagai reaksi. Ada yang mentertawakan Adam kerana berkongsikan cerita menjumpai wang tersebut dan ada juga yang bersimpati padanya kerana terpaksa menyerahkan wang itu kepada kerajaan. - 15 Januari 2019.
Itulah yang berlaku kepada peniaga bunddle yang dikenali sebagai Wan Mohamad Adam Wan Mohamed apabila Mufti Kelantan mengarahkan beliau untuk memulangkan semula wang yang dijumpainya dalam guni bundle kepada baitulmal.
Terdahulu kisah peniaga bundle yang berusia 29 tahun itu menjadi tular di sosmed berikutan berkongsikan kegembiraannya kerana menjumpai wang tunai bernilai 550,000 yen persamaan RM20,000 dalam sebuah dompet berwarna hitam yang berada dalam sehelai kot.
Berkata kepada wakil media, Adam memberitahu dia membeli dua guni bundle di sebuah gudang di Wakaf Bharu, Kelantan, Sabtu lalu dengan harga masing-masing RM50 dan membawanya pulang ke kedai.
“Saya membuka guni berkenaan untuk disimpan memandangkan saya akan membuka kedai bundle dalam masa terdekat sebelum menemui beg duit warna hitam di dalam kot.
“Saya terkejut melihat wang tunai yang terlalu banyak dan membuat kiraan sebelum mengambil gambar dan memuat naik di Facebook (FB) 9.20 malam kelmarin,” jelasnya.

Adam turut memberitahu penemuan wang itu adalah rezeki buatnya selepas membeli lebih 10 guni bundle sejak sebulan lalu. Katanya, dia juga tidak menemui identiti pemilik wang itu kecuali hanya satu beg duit bersama sehelai kot.
“Sejak memuat naik di FB pelbagai reaksi yang diterima apabila orang ramai mahu membeli beg duit dan kot berkenaan. Namun, saya tidak akan menjual barangan itu kerana ia adalah pembuka rezeki.
“Wang itu akan saya gunakan untuk membuat modal bagi membesarkan perniagaan bundle.
“Saya sudah menukar wang berkenaan sebanyak 450,000 yen (RM16,800) dan bakinya akan disimpan untuk kenangan,” katanya, memetik laporan Harian Metro.
Namun tidak disangka-sangka berkongsikan cerita itu kepada orang awam dan pihak media akhirnya mungkin menyebabkan beliau terpaksa menyerahkan wang itu kepada pihak zakat.

Ini susulan dari kenyataan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang dipetik sebagai berkata, sesiapa saja yang menemui wang sama ada di tepi jalan atau di mana-mana kawasan dan gagal mengesan pemilik, ia perlu diserahkan kepada jabatan agama.
Katanya, jika di Kelantan wang berkenaan perlu diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk diuruskan.
“Jika wang yang ditemui itu ada pemilik, cari tuannya dahulu. Sekiranya gagal mencari pemilik baru serahkan kepada Baitulmal.
“Tidak kira wang itu dari negara kita atau negara lain, ia tetap wang yang ditemui tanpa pemilik.
“Orang yang menemui tidak boleh menggunakan wang itu kerana ia bukan haknya,” katanya ketika dihubungi wakil media.
Mohamad Shukri juga mengingatkan, wang yang ditemui tidak boleh digunakan untuk peribadi termasuk perniagaan.