Viral Video Empat Kakitangan JPJ Didakwa Minta Suapan Bernilai RM400 Dari Pemandu Lori [Video Inside].
Pada Ahad tersebar satu rakaman video yang mendakwa kakitangan JPJ telah meminta suapan bernilai RM400 dari seorang pemandu lori.
Empat orang kakitangan JPJ didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang pemandu lori yang dilihat membawa lebih muatan.
Rakaman itu dikesan disebarkan oleh halaman Facebook yang dikenali sebagai Daddy Enaku Oru Doubt eh? Sollungal Daddy Sollungal.
"#JPJ nak "cari mkn" tapi salah orang
#kantoi #ponggalrelease #whatsappforward," kata pentadbir halaman berkenaan dalam kenyataan itu.
Nombor plat kenderaan yang dibawa oleh anggota JPJ itu turut diedarkan oleh pemandu lori itu.
"JPJ309 pergi report minta wang, ini empat minta wang rm400," katanya dalam rakaman itu.
Dipercayai sumber asal video itu dipetik dari penyebaran yang bermula di aplikasi WhatsApp sebelum ditularkan di Facebook.
Setakat ini rakaman itu telah disebarkan lebih dari 5,000 kali dan JPJ belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenainya.
Tinjauan di laman sosial rata-rata mempercayai dakwaan rasuah itu dan meminta agar kerajaan menjalankan siasatan secepatnya.
Bagaimanapun terdapat juga pengguna yang dilihat was-was dengan dakwaan tersebut memandangkan dua anggota JPJ yang dirakamkan wajahnya kelihatan tenang. - 15 Januari 2019.