t>

Breaking News

Wajarkah Peperiksaan IGCSE Di MSRM Diteruskan?

Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Saya rasa terpanggil untuk menjawab isu yuran MRSM yang tular ini. Saya bukanlah staf di MARA atau tenaga pengajar, tetapi hanya #TukangCeramahBudakSekolah yang pernah dijemput untuk isi slot kepada pelajar MRSM. Post ini agak panjang. Jadi pelan-pelan baca dan hadam baik-baik. Bismillah.



1. Setahu saya, matlamat MARA memang mahu membantu pelajar, tak kiralah apa latar belakangnya, keputusan peperiksaan, anak siapa dan lain-lain. Akhirnya, pelajar yang biasa ini menjadi luar biasa! Inshaallah.

2. Berkaitan caruman RM60 yg dibayar oleh ibubapa setiap bulan, bukanlah bayaran untuk makan minum. Untuk pengetahuan semua, jadual makan pelajar adalah 5 kali sehari! Semuanya ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak MARA.

3. Jadi, duit caruman ni untuk apa? Ia digunakan untuk program pelajar, antaranya program kecemerlangan akademik.

4. Untuk pelajar yang tidak berkemampuan, pihak MARA ada menyediakan kemudahan bayaran. Ada 3 option, yang pertama, MARA tanggung pelajar tersebut (RM1500 setahun). Yang kedua, pelajar diberikan wang saku (tak pasti pula saya berapa jumlahnya). Yang ketiga dikecualikan terus dari bayar wang caruman berkenaan.

5. Sebenarnya, yuran di MRSM memang sangat murah. Bayangkan, caj dobi hanya RM10 sebulan (tak payah sental sendiri macam dulu-dulu). Semua bayaran ini boleh dibayar secara ansuran.

6. Saya fikir, perkataan 'pengeras' yang ditulis (gambar pertama) adalah kurang tepat. Perkataan yang tepat adalah komitmen. Benda boleh bincang. Pihak MARA pasti akan bantu, apatah lagi ada 6 orang tanggungan yang lain.

7. Baik, sekarang mari bercerita tentang yuran IGCSE. Sebenarnya, bukan semua MRSM ada exam ini. Mari saya ceritakan ya.

8. Exam IGCSE ni dah bermula pada tahun 2011. MRSM Pekan yang menjadi perintis. Kemudian, ia diikuti oleh MRSM yang lain, Langkawi, Kubang Pasu, Baling, Parit, Kuala Kubu Bharu, Serting, Kuala Klawang, Alor Gajah, Batu Pahat, Johor Bahru, Kuantan, Tumpat, Kuching dan Tawau.

9. Kalau ikutkan pelajar boleh pilih nak ambil exam ini atau tidak. Tapi yang biasa saya dengar, dek nak cukupkan kuota, mereka sebat je sesiapapun. Yang tak pilih IGCSE pun dimasukkan sekali.

10. Satu lagi, IGCSE ni sudah dimaklumkan oleh pentadbiran semasa sesi taklimat tingkatan 1 lagi. Tujuannya supaya ibu bapa bersedia dari awal.

11. Yang dipilih bukan semua. Kalau 200 orang satu batch, paling ramai terpilih pun 15 orang. 15 orang tu pun nanti kena ambil juga SPM sebagai calon persendirian.

12. Mak ayah yang mampu sikit, akan keluarkan anaknya selepas habis exam IGCSE. Anak-anak ini akan sambung belajar kolej swasta macam Taylor. Ianya atas kehendak dan dibayar sendiri oleh ibubapa.

13. Pelajar yang tak keluar akan terus stay ambil SPM.

14. Untuk memudahkan pemahaman Tuan Puan, berikut saya sertakan time frame exam adik-adik di MRSM. Exam Form 2 (checkpoint 1), form 3 (PT3), form 4 (IGCSE) dan form 5 (SPM).

15. Ada 3 tahun (Tingkatan 3, 4 dan 5) para pelajar akan menghadapi ujian yang besar. Jadi, adalah saya dengar satu dua masalah yang timbul.

16. Banyak rungutan dari pelajar dan juga guru yang sampai pada saya. Stress kot! Bayangkan, nak kejar 3 tahun untuk hadapi exam demi exam. Tu pasal saya jumpa student MRSM yang telan ubat stress bila nak dekat dengan exam.

17. Di pihak ibubapa pastilah tertekan dari aspek kewangan (walaupun dah ditaklimatkan semasa anak masuk Tingkatan 1). Dahlah, buku rujukan untuk IGCSE satu judul berharga 150 ke 200 ringgit, walau ia juga ditaja oleh MARA.

18. Jadi, boleh tak saya anggap IGCSE ni satu projek gajah putih sahaja? Atau boleh juga ia kehendak segelintir ibubapa elitis?

19. Saya mengharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia mendapatkan penjelasan berkenaan program IGCSE. Bukan apa, dalam masa yg sama student kena follow silibus KPM itu sendiri, dan mengikuti program IGCSE. Walaupun program IGCSE dilihat luarannya memberi nilai tambah kepada pelajar utk menghadapi SPM, sebenarnya SPM itu sudah merangkumi semua, IGCSE hanyalah sekadar menambahkan bebanan kepada pelajar itu sendiri.

20. Di pihak MARA pula, saya berharap dikaji kembali keberkesanan program IGCSE dari semua aspek, bukan sahaja melihat daripada keputusan akademik semata-mata tetapi juga melibatkan semua aspek, baik di pihak pelajara pelajar, guru dan juga ibu bapa. Jika nak teruskan juga, buat satu MRSM khas yang ada IGCSE sahaja, tanpa SPM.

Saya harap tulisan ini sampai kepada pihak yang selayaknya. Satu reformasi besar-besaran perlu berlaku ke atas MRSM. Mohon share untuk maklumat dan manfaat bersama.