t>

Breaking News

Haram Menyebut "Malu Apa Bossku," Kata Pendakwah.

Pendakwah kontroversi, Ustaz Abu Syafiq berkata adalah haram untuk menyebut malu apa bossku apabila ia terkait dengan maksiat, jenayah dan kelakuan yang tidak senonoh.

"HARAM MENYEBUT "MALU APA BOSSKU" APABILA IA TERKAIT DENGAN MAKSIAT, JENAYAH DAN KELAKUAN YANG TIDAK SENONOH.




Kini sering kita mendengar perkataan Malu Apa Bossku dikalangan mereka yang terpengaruh dengan perangai tidak baik oleh seorang mantan pemimpin tertinggi negara.
 

Perkataan ini kini sering disebut oleh anak muda apabila terkait dengan perilaku yang tidak senonoh seperti sebahagian mereka minum arak, hisap ganja, terbabit jenayah dan kelakuan yang tidak senonoh lalu mulut mereka sering menyebut Malu Apa Bossku.. Malu Apa Bossku. Ia haram bahkan satu tambahan dosa disisi Islam selain dosa yang mereka lakukan itu," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Isnin.


Menurutnya, perkataan Malu Apa Bossku itu sebenarnya bercanggahan dengan hadis Nabi dimana malu adalah sebahagian dari cabang iman maka perlu merasa malu jika berbuat keburukan.


 "Malu Apa Bossku" bercanggah dengan hadith Nabi Muhammad shollahu riwayat Al Bukhari : "Sesungguh malu itu adalah daripada Iman". Jelas Baginda menyuruh agar kita perlu malu bila terkait dengan keburukan, maksiat dan jenayah atau meruntuhkan negara umat Islam.
 

Baginda Nabi juga menukilkan ucapan seluruh para Ambiya' yang lain : "Jika kamu tidak malu maka kamu akan melakukan apa sahaja yang kamu kehendaki". Riwayat Al Bukhari. Dalam hadith ini jelas seluruh para Nabi mencela manusia yang tidak malu apabila terpalit dengan jenayah dan keburukan atau melakukan perkara yang haram.
 

Sahabat Nabi bernama Ka'ab bin Malik malu apabila dipulau oleh Baginda Nabi kerana tidak sertai peperangan Tabuk walaupun beliau masih dalam fatrah menunggu keputusan dari Allah samaada dimaafkan atau sebaliknya.

Jauhi perkataan ini khususnya dalam perkara dilarang oleh Islam atau terpalit dengan jenayah pecah amanah dan maksiat yang dibenci Allah.

Wahai Bossku Malulah Diri sesungguh malu itu tanda kamu beriman. Amat malang jika kamu tidak malu bila terpalit dengan jenayah kerana ia tanda iman kamu amat lemah khususnya bila bertaburan wang, beg tangan, cincin dan harta dunia,"
katanya lagi. - 19 Februari 2019.