t>

Breaking News

Rupanya Nombor Di Klinik Kesihatan Ialah Nombor Panggilan, Bukannya Nombor Giliran.

Oleh : Nimelesh Max Balanthiren

NOMBOR DI KLINIK ADALAH NOMBOR PANGGILAN. BUKAN NOMBOR GILIRAN.

Saya lihat ramai orang yang mengadu tentang sistem nombor di klinik kesihatan.

Dan kerap kali staf kesihatan termasuk ppp dan misi yang menjadi mangsa keadaan. Sudah berapa kali kami mendengar tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap kami.



Setiap Klinik mempunyai sistem dia tersendiri, Sebab itu Tolong rujuk dengan klinik masing masing.


Di klinik saya, Kami ada 5 jenis nombor.


Nombor yang bermula dengan 1xxx - adalah untuk kes kes yang melibatkan prosedur (dressing, pengambilan darah dll)
 

Nombor yang bermula dengan 2xxx - adalah untuk kes kes temu janji.

Nombor yang bermula dengan 3xxx - adalah untuk kes kes "walk in" (kes kes pesakit luar, demam dll)


Nombor yang bermula dengan 4xxx - adalah untuk klinik ibu dan anak.


Dan nombor yang bermula dengan 5xxx adalah untuk R lane (laluan khas untuk orang yang memerlukan)

Contoh hari itu, kes temu janji ramai. Pukul 8 pagi, nombor 2xxx telah capai 2028 contohnya. Ada seorang pesakit demam datang dan mengambil nombor 3001.


Seperti biasa pesakit temu janji kes kencing manis, darah tinggi akan disaring di bilik khas untuk mereka. Pemeriksaan biasanya dilakukan dengan teliti dan akan mengambil masa.
 

Pesakit nombor 3001 ini disaring di kaunter primary triage (saringan pertama) dan terus dihantar ke bilik Doktor untuk pemeriksaan.

Sudah tentu Kami akan panggil nombor tersebut terlebih dahulu untuk tidak melengahkan masa. Kalau tak tengok pesakit cepat pun akan jadi viral juga kan.


Contoh kedua :


Pesakit nombor 3006 datang dengan demam biasa (pemeriksaan di triage : beliau tiada demam, dan bacaan tekanan darah semua stabil) , Manakala pesakit nombor 3007 datang dengan sakit dada .

Tak kan nak layan 3006 dulu dan biar pesakit nombor 3007 pengsan kat situ?

Contoh Ketiga : 


Pesakit ibu hamil nombor 4002 semasa pemeriksaan oleh Jururawat , didapati darah dia (HB) rendah sangat. Pesakit tersebut dihantar ke makmal untuk ujian darah.
Patut kah kita biar pesakit 4003 tunggu kat situ sampai kes 4002 tu dah settle, sebelum layan no. 4003?

Sebagai seorang Pesakit, kita kena ingat bahawa penjagaan kesihatan ini merupakan suatu ibadah. Dan sama seperti menunaikan ibadah lain, kita kena konsisten dalam menjaga adab adab sehingga selesai ibadah tersebut,

Maka ini menuntut kesabaran dalam menghadapi perasaan negatif yang sentiasa cuba menyelinap ke dalam hati bagi meninggalkan segala kesempurnaan itu.

“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh” (Surah Al'Ankabut. Ayat 058 )

*Info menarik : Di negara-negara maju seperti UK, anda tak boleh pergi ke Klinik tanpa sebarang temujanji. Bertuah kan kita kat Malaysia, boleh pergi Klinik bila bila masa.

Pastikan anda melakukan persediaan sebagai seorang pesakit juga.

- Untuk yang ada temu janji, Datang ikut temujanji. Bukannya suka hati. Kalau temu janji pukul 10, tapi datang pukul 6 pagi, anda tak berasa kesian kepada pesakit yang slotnya merupakan slot pertama? Sebab disebabkan anda, slot itu semakin penuh dan akan menyebabkan masa menunggu lebih lama.

- Sekiranya tidak dapat datang ikut masa, panggil klinik kesihatan terlebih dahulu untuk tunggu waktu temu janji.

- Bertanya sama ada anda perlu puasa untuk mengambil ujian darah. Jika tidak perlu, tak yah puasa semata mata nak kawal paras gula sebab jumpa doktor hari tu. Kalau dah rasa hipo sikit, pesakit senang cepat marah.

- Bersiap sedia sekiranya kena tunggu lama. Sifat kita ni macam ni, kalau nak menunggu untuk benda yang kita suka, kita tak akan complain. Tengok je , ada ke orang pernah complain tunggu lama sebab nak beli iPhone baru?

- Sekiranya ada perkara yang muskyil, bertanya kepada staf kesihatan. Sekiranya tidak puas hati, buat aduan secara cara yang betul.

Sabar itu adalah separuh daripada iman.