t>

Breaking News

Setakat 48 Botol HausBoom Je Kot, Takan Sampai 'Tak Halalkan Walaupun Setitik'..

Oleh : Fdaus Ahmad

Kecoh pula hal Hausboom mintak balik duit 48 botol dari KBS sebab tak ada profile reading dan exposure di YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman punya IG.

Benda ni kalau kita sabar sikit boleh setel. Tapi bila tak bersabar, dan buat tindakan melulu besar akibatnya nanti.


Kalau kita buat semakan SSM, syarikat Hausboom ni salah seorang shareholder dia bernama Idzham Hashim B Zahrin Hashim.

Siapa Idzham Hashim ni?

Dia salah seorang executive director Naza TTDI. Tu dari segi jawatan lah. Kalau kita tengok siapa Idzham ni dengan lebih dalam, mat ni anak kepada Dato Zaharin Hashim.

Siapa pula Dato Zaharin Hashim?

Dia ni lah bekas duta Malaysia ke Indonesia dan antara orang kuat mengutuk dan menghentam Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi.

Dan kita juga tahu (kalau kau orang ambil tahu lah), NAZA TTDI ni banyak projek dia dengan kerajaan Malaysia Baharu ni. Samada projek tu dah berjalan, atau akan berjalan semuanya atas ihsan pemerintah yang kau sedang lawan.

Takde kaitan?

Kalau PH ni jenis berdendam, rekod rekod macam ni lah depa boleh guna untuk sekat, jatuhkan, dan rosakkan perniagaan yang kau sedang usahakan. Buat apa tolong orang yang gigit tangan kita.

Jadi secara lojiknya,
Kalau kau menentang pemerintah, apa kejadahnya kau mengharap sokongan pula untuk naikkan produk/syarikat dari pemerintah yang kau tentang dan lawan tu?

Benda mudah macam ni tengok ke diri sendiri je.

Mat ni kawan kau, mat sorang lagi kaki kutuk kau.
Bila 2-2 ni minta tolong, siapa yang kau nak tolong?

Simple.

Tapi sebagai menteri, Syed Saddiq bawa juga syarikat anak muda dari parti mana pun ke depan. Tak ada lah nak purposely berdendam.

Ingat 7E?

Cuba fikir secara rasional.

Takkan lepas seminggu lebih Hausboom viral di FB minta sokongan nak masuk 7E, tiba tiba terus dapat masuk?

Come on.

Kita semua tahu (kalau kita ambil tahu lah) Syed Saddiq antara yang ke depan meyakinkan Tan Sri Vincent Tan supaya sokong produk tempatan especially produk anak anak muda masuk ke 7E, dan pastilah salah satunya produk Hausboom.

Besar akibatnya dari tindakan 'tak halal setitik air' ni.

Sebagai usahawan, rage atas hal hal petty macam tu cuma tunjukkan ego diri sendiri.
Ego ni eventually akan rosakkan perniagaan dan diri kita sendiri.

Aku yang sokong PH pun tak ada lah nak minta mana mana menteri tolong promo TKFLMN, tolong promo DuBook, atau minta tolong promo Farmasi aku dan associate walaupun tak lah power baru ada 13 cawangan je 🤦.

Dah claim diri usahawan, kita rileks je. Jangan cepat koyak terbarai. Kita fighter kot.

Aduhhh la bosskuuurrr!