Usahawan Kongsi Pengalaman Bekerjasama Dengan Usahawan Mulut Suka Memaki..
Oleh : Khalif Samsudin
KERANA MULUT ’B***’, BUSUK AIR SETEMPAYAN
Saya ada satu story yang tak pernah lagi saya tuliskan, tapi sebelum itu saya nak bagi peringatan sikit yang mana kita sebagai manusia terutamanya setiap hari kita bercakap dan berkomunikasi dengan manusia lain. Sama ada kita pelajar, pekerja, penganggur atau peniaga sekalipun kita, setiap patah perkataan yang keluar haruslah dijaga. Dan jika sesekali tergelincir sekalipun, mohon maaflah secara ikhlas dengan segera. Kerana kita tidak tahu esok apa akan jadi kepada diri kita. Mungkin orang yang kita carutkan itulah kunci kepada impian kita di masa hadapan
_
Begini ceritanya - Raya 2 tahun lepas 2017, butik saya Bella Ammara di Shah Alam didatangi berkotak-kotak besar minuman juice dalam botol kaca yang sangat cantik packagingnya. Saya tahu ini produk Malaysia, saya rasa ini mesti bukan orang Melayu punya sebab branding dia tahap luar biasa. Mungkin minumam ini dihantar di butik saya untuk dipromosi oleh syarikat saya, isteri saya atau saya di social media. Disebabkan luar biasa cantiknya packaging ini, saya pun jadikan satu post di media social saya tanpa tahu siapa pengirimnya, tuanya atau minta bayaran sekalipun
_
Berbulan-bulan selepas itu kawan saya whatsapp saya cakap ada owner minuman tersebut nak berjumpa saya. Bergegas petang itu juga saya hidupkan kereta untuk berjumpa usahawan yang rupanya Melayu ini yang sangat saya kagumi disebabkan packaging yang luar biasa. Sesampai sahaja saya di kedai makan katanya milik dia, terus kami berkenalan. Selepas di ajaknya makan, saya di ajak naik ke atas office minuman dia di tingkat atas. Semuanya elok, cantik dan kagum. Mulanya budi bahasa sangat indah tetapi sangat jauh cara pemikiran dia. Katanya ilham branding minuman ini diambil dari budak-budak vape yang kretif. patutlah kretif dalam hati saya. Kami pun berborak panjang, katanya ada produk lain dari dirinya nak jadikan isteri saya salah satu medium promosi atau duta. Saya cakap, daripada macam tu, lebih baik kita bekerjasama. Kami balik dan setelah beberapa hari. Dia bersetuju
_
Alhamdulilah pada awalnya semua berjalan dengan lancar. Terhasilah produk “baby care” kami bersama yang saya nampak sangat cantik atas sentuhan branding dari dia. Saya pump duit, dia pun pump duit juga. Korek lubang mana yang ada masa tu. Sambil buat sambil berkenalan dengan dia ini. Vision dia sangat besar dalam syarikat minuman dia, nak masuk 7 eleven, giant, sponsor event2 besar negara. Export luar negara dan sebagainya. Jadikan saya sangat kagum dengan dia ini. Yelah selama ini saya tak sempat and pernah pon lagi buat syarikat-syarikat saya jadi seperti ini. Dialah saya rasa salah seorang rakan niaga saya yang best pada masa itu. Sampailah satu keadaan dimana tiba-tiba saya menarik handbreak dan berundur diri.
_
Dia dah siap hire 2 graphic designer and 1 content writter dan 2 orang staff yang menelan belanja syarikat hampir RM10k setiap bulan walhal belum sempat lagi kita bersama nak start slow-slow push sale dapatkan untuk membayar komitment setiap bulan ni. Untuk syarikat saya sebelum ini, saya tak pernah start dengan hire-hire orang selagi sale tak berpadanan untuk membayar gaji orang, semuanya saya akan buat sendiri dahulu. Disini, sale masuk dengan perlahan sebab terlalu awal syarikat ini bermula, tapi tanggungan yang sangat tinggi. Saya di shah alam dia di area bangsar yang menyebabkan kami susah untuk berhubung setiap hari secara berdepan. Kewangan menjadi tight makin lama yang menyebabkan saya mencari investor sebanyak RM100k bagi menyelamatkan keadaan syarikat terutamanya dlam pembayaran gaji dan pembuatan produk. Bila keadaan kewangan menjadi runcing (saya dah biasa dan tau macamana nak handle sebab pengalaman dah banyak), saya nampak dia dah start tunjuk diri dia yang sebenar, call dah start maki-maki direct saya dan isteri sedangkan kami ini rakan partner dia bukanya staff-staff dia. Dan rupanya staff-staff dia pun selalu dimakin hamun oleh diri dia. Makin hamun bukan biasa-biasa, segala kata kesat dikeluarkan, Disini saya dah mula berbincang dengan isteri, haruskan kita teruskan lagi?
_
Setalah berbincang dengan isteri, kami buat meeting bersama dengan dia dan mahu serahkan syarikat ini sepenuhnya kepada dia kerana menghormati dia dan kami rasa kami kurang senang untuk bekerjasama dengan dia lagi. Akhlaknya kurang dilembutkan, ingatnya pada tuhan sukar diperasankan. Tetapi sebaliknya dia menyerahkan syarikat tersebut kepada kami dan segala tanggungan hutang syarikat dibahagi dua. Alhamdulillah tak kisahlah ada hutang syarikat sebab saya boleh cari duit tempat lain untuk membayar hutang syarikat ini janji saya tidak bersama dia lagi dalam business bersama. Disebabkan mulut dia kami tarik diri untuk bekerjasama
_
Saya ingat semuanya diselesaikan disitu sahaja, rupanya dicanangnya saya di social media dia kata saya ini scammer, penipu dan sebagainya. Saya diamkan diri sahaja setiap kali orang print screen dan hantarkan kepada saya. Diajaknya kawan kawan dia, dihasutnya untuk membenci saya. Saya tetap diamkan diri. Saya cakap dengan isteri, takpa sayang lama lama orang macam ini akan penat, Allah akan tunjukkan pada dia satu hari nanti kuasa Allah. Saya doakan dia satu hari nanti Allah hadirkan hidayah dan kesedaran kepada dia untuk dia dapat kawal percakapan dia dan syukur atas ada orang disekeliling dia yang menolong dia dalam dia sedar atau tidak sedar. Setahun berlalu saya tak pedulikan langsung apa yang berlaku pada dia, syarikat yang kita bina bersama satu masa dulu masih punyai produk di dalam warehouse saya tunggu masa saya nak startkan semula enjin syarikat ini semula.
_
Saya tahu akibat mulut dia satu hari nanti, boleh cemarkan kredibility dia dia mata orang ramai. Orangnya hebat cuma mulut harus dibetulkan. Kadang mulut itu adalah hasutan syaitan bilamana kita kurang syukur dan ingat pencipta kita. Dia yang hidupkan kita setiap hari dan dia yang izinkan perjalanan business kita. Satu hari itu tiba-tiba macam telah tiba. Saya doakan moga hari yang tiba itu menjadi pengajaran untuk dia ubah apa yang kurang dalam hidup dia selama ini.
_
Saya seorang perniaga, sudah hampir 8 tahun. Saya kagumi ilmu branding dia, cuma low cost marketing strategi dia kurang mahir sedikit - banyaknya yang guna banyak duit. Contohnya jika kita nak social influencer promokan produk kita di personal social media dia secara percuma, setelah kita sudah bagi produk kepada dia, kita tak boleh nak push push dia itu untuk promo kerana social influencer ini terkenal dengan busy ya amat (contohnya kalau orang tu Menteri lagi lah busy!), terlepas pandang dan apa yang kita boleh buat adalah usahalah berjumpa influencer itu semula dan ingatkan atau berdoalah sahaja kepada tuhan semoga influencer tu ingat nak promo produk kita. Kadang influencer itu tak post pon di social media dia, tapi dia ada bagitahu orang2 sekeliling dia atau dia bagi gambar yang kita boleh gunakan sebagai material marketing kita nanti. So di sini saya nampak kurangnya pemahaman low cost marketing untuk bekas rakan business saya itu.
_
Apa apa pon, kita doakanlah kejayaan seseorang kerana nanti malaikat pula sendiri yang akan diakan kerjayaan kita. Saya syukur lalui pengalaman ratusan ribuaan ringgit ini. Ia mengajar saya untuk menjaga mulut setiap kali berbicara, takut kerana mulut tercakap B*** kepada seseorang dengan segaja atau tidak, habis rosak reputasi saya usahakan bertahun selama ini hanya dalam split second.