t>

Breaking News

Berlakulah Adil Terhadap NGO Sister In Islam..

Oleh : Mohamed Hadi AH

Berlaku Adil Kepada SIS

1. Flashback 10 tahun lepas, sewaktu aku mula-mula chambering.


2. Sesiapa yang chambering di Kuala Lumpur (KL) barang pasti mengetahui kewajipan para pelatih dalam kamar (PDK) untuk terlibat di dalam aktiviti mingguan yang dipanggil Legal Aid. Legal Aid ini merupakan bantuan guaman yang dikendalikan oleh Majlis Peguam mengikut rentak yang dicorak oleh Jawatankuasa Peguam negeri masing-masing. Kalau KL ini maknanya Legal Aid Centre (LAC) diuruskan oleh KL Bar.

3. Oleh kerana masyarakat KL ini rencam maka program LAC pun ada pelbagai jenis. Ada yang pergi penjara, ada yang pergi mahkamah, ada yang bagi nasihat guaman, sama ada sivil atau pun syarie.

4. Maka BBNU macam aku yang memang tak pergi court sebab jadi hamba korporat ni memilih untuk pergi mahkamah dan buat dock brief (nak terjemah ke BM tak reti). Mudah cerita dock brief ni tolong OKT yang kena tahan reman atas pelbagai kesalahan (biasanya dadah dan curi) dan mereka biasanya mengaku salah sebab tak mampu untuk upah peguam. Tapi kerana tak mampu upah peguam juga ketika jatuh hukuman dia tak pandai untuk mohon mitigasi bagi ringankan hukuman, maka BBNU yang macam kami inilah yang tolong cakapkan kepada majistret dan rayu untuk ringankan hukuman.

5. Rayulah apa yang boleh, anak ramai, adik-beradik ramai, isteri ramai, ini kesalahan pertama, OKT mengaku salah maka telah menjimatkan masa mahkamah dan macam-macam lagilah. Pendek kata, kita tak mahu OKT dijatuhkan hukuman tanpa ruang untuk mitigasi. Bagi kita yang pandai bercakap, mengaji tinggi ni mungkinlah rasa, susah apanya nak cakap, cakap jelah. Tapi bagi sesetengah orang yang tak mengaji tinggi, cakap Melayu pun tak fasih, mitigasi tu bermanfaat juga, setidak-tidaknya tidaklah mereka duduk dalam penjara lebih lama dari yang sepatutnya.

6. Seminggu sekali setiap Rabu selama 10 minggu aku akan tercokoh di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan jumpa macam-macam perangai OKT. Walaupun nampak remeh tapi bantuan kami yang tak seberapa tu jika diukur dari sudut wang ringgit sebenarnya bernilai puluhan ringgit juga sejam. Katalah ambil bodoh-bodoh sejam RM10. Kalau 10 PDK dah RM100 sejam. Kalau 10 minggu dah RM1000. Kalau setahun dalam RM5000. Maknanya walau pro bono (percuma) tapi sebenarnya ada nilainya juga. Inilah sumbangan para peguam khususnya firma guaman kerana membenarkan PDKnya berkerja separuh hari untuk masyarakat. Kalau sebulan sudah dua hari. Maknanya dalam sebulan, gaji dua hari disumbangkan kembali kepada masyarakat.

7. Itu akulah yang pilih dock brief.

8. Ada kawan yang pergi penjara jumpa banduan, ada yang jaga legal aid di KL Bar dan yang agak mengejutkan aku ketika itu, ada juga yang jaga legal aid di pejabat SIS.

9. Uish SIS ni buat apa? Pemikiran BBNU aku ketika itu ini mesti ajinda nak menyesatkan akidah umat Islam ni.

10. Jadi aku pun tanyalah seorang kawan yang pilih untuk buat legal aid di SIS. Pergi SIS tu buat apa?

11. Buat legal aidlah. Isteri yang teraniaya datang ke pejabat SIS dan mengadu macam mana nak selesai masalah. Ada yang kena pukul, ada yang kena tinggal, ada yang suami kahwin lagi tapi tak berlaku adil, macam-macam. PDK ni biasanya akan catit maklumat klien lepas tu serahkan kepada peguam SIS (bagi yang mampu) dan bagi klien yang tak mampu, diikhtiarkan caralah bagaimana untuk tolong wanita yang bermasalah ni dengan tabung guaman mereka atau pergi ke Baitulmal. Tapi sebab kes mahkamah Syariah boleh dikendalikan sendiri jika ada basic knowledge, maka biasanya legal aid akan bagi panduan saja, lepas tu pandai-pandailah. Tapi kalau suri rumah yang memang zero knowledge tu, tetap perlu diwakili peguam juga.

12. Kenapa SIS buat legal aid macam tu? Tak ada ke agensi kerajaan atau NGO lain yang buat? Ada, bukan tak ada. Ada Jabatan Bantuan Guaman, ada NGO lain malah parti politik pun ada. UIA pun ada buat. Tapi buat benda free ni biasalah, macam-macam cabaran terutama nak memastikan pusat bantuan guaman tu kekal beroperasi dengan staf yang terhad. Jadi PDK yang ada ni dapatlah membantu mengurangkan kos operasi SIS ni.

13. Sehari dua ini geger isu penyerahan sumbangan sebanyak RM30,000 oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada program Telenisa yang dikendalikan oleh SIS. SIS ni sesat, kenapa nak tolong SIS yang sesat. Maka dikongsi fatwa Selangor berkenaan SIS.

14. Cerita SIS sesat ni kita dah dengar lama dah tapi dalam dok kata sesat tu, ada saja agamawan yang boleh engage dengan SIS. Contohnya, bekas Mufti Terengganu dan Ketua Hakim Syarie Terengganu, Dato' Ismail Yahya yang sering turun ke program SIS, jadi panelis malah majlis pelancaran Telenisa pada tahun 2007 pun dihadiri oleh Dato' Ismail Yahya. Ada lagi sejumlah agamawan lain tapi tak payahlah aku senaraikan di sini kalau sekadar nak meramaikan lagi calon-calon ahli neraka.

15. Bukan bermaksud Mufti Terengganu endorse SIS tapi mereka berwacanalah. Tak tutup pintu. Bincang, runding. Malah dalam kes-kes Telenisa ni pun, sudahnya apa? Mereka perlu ke mahkamah Syariah untuk failkan tuntutan. Ini bermakna, mereka juga taat dan patuh kepada peranan dan bidangkuasa mahkamah Syariah dan mereka mematuhi prosedur mahkamah Syariah. Maknanya, mahkamah Syariah ini juga diiktiraf oleh SIS (sama ada mereka ikhlas atau tidak itu soal lainlah). Mungkin di situ Dato' Ismail Yahya nampak peranan mereka.

16. Adapun fahaman mereka yang mengarut tu, mengarutlah. Tapi mengarut ni pun lebih kepada individu bukan kepada organisasi. Organisasi ni tiada akidah. Cuma manusia yang memimpin itu ada akidah dan pemimpin pula bersilih-ganti. SIS juga dah bawa kes mereka ke mahkamah untuk cabar fatwa Selangor tu. Kalau ikut cerita versi SIS, seolah-olah fatwa tu dikeluarkan selepas mereka dipanggil sembang-sembang tak tahu apa latar belakang tahu-tahu saja keluar fatwa sesat. Versi Jabatan Mufti mungkin lain pula. Kes semakan kehakiman mereka akan didengar di Mahkamah Tinggi pada 13 Mac ini.

17. Walaupun aku berpotensi untuk dikecam, tapi kalau namanya sumbangan RM30,000 untuk menampung kos operasi Telenisa tu, bagi aku itu tidaklah keterlaluan. Sebab kalau tengok statistik terkini mereka, tahun lepas mereka kendalikan 576 kes. 1/3 daripadanya ialah kes suami tak bagi nafkah kat isteri dan anak. Dengan Telenisa yang beroperasi 3 hari seminggu (3 x 52 minggu = 156), ini bermakna setiap hari purata 3 ke 4 wanita datang meminta bantuan dari SIS. Operasi mereka bermula sejak 2003 lagi, maka jumlah wanita (malah lelaki juga ada) yang telah dibantu sudah melebihi 8,400 orang.

18. 8,400 orang yang sah sah kita sendiri memang tak tolong tapi kalau orang lain tolong, kita janganlah nak marah. Ini sama macam kes gereja bagi makan kat orang juga. Kalau orang lain yang "sesat" tu tolong orang, kita yang "tak sesat" ni buat apa?

19. Apa yang lebih penting dari me'neraka'kan SIS itu ialah meneliti statistik yang mereka kemukakan berdasarkan kes-kes yang datang kepada mereka. Suami atau bekas suami yang culas bayar nafkah, bila dapat perintah mahkamah, susah pula nak kuatkuasakan sebab si lelaki tak nak bayar. Bila tak nak bayar, inilah timbul desakan hidup dan membawa kepada masalah sosial yang lain.

20. "Malang sekali" yang konsisten memperjuangkan perkara-perkara maslahah wanita begini ialah golongan yang sesat kerana golongan yang tak sesat sibuk menerakakan orang. Namun di sebalik kesesatan mereka itu cuba-cubalah kita perhalusi isu-isu "real" yang mereka bawa (yang sesat tu tak payah ikutlah). Bak kata Ghasidah, dalam setandan pisang, takkanlah kesemuanya busuk. Atau kalau nak fatwa juga nak bagi puas hati mungkin boleh minta Mufti Wilayah Persekutuan tentukan sama ada aktiviti Telenisa ini merosakkan akidah umat Islam atau tidak (serius aku cakap ni).

21. Tapi kalau antum orang masih nak menerakakan orang sambil menggaru telur, 'ala kulli hal silakanlah. I rest my case.