t>

Breaking News

Patutnya Hari Pertama Isytiharkan Darurat.. - TMJ.

Kerajaan sepatutnya mengisytiharkan darurat sejak hari pertama dikesan berlakunya pencemaran di Pasir Gudang kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di Twitternya semalam.

"Sepatutnya dari hari pertama dah isytiharkan darurat dan pindahkan penduduk ke tempat lain buat sementara. Sampai dapat jaminan yang ianya selamat," ciap TMJ di Twitternya.

TMJ sebelum ini sempat memerli tindakan Tun Mahathir yang dilaporkan kerajaan tidak akan mengisytiharkan darurat berikutan keadaan masih terkawal.

"Taknak isytiharkan pun takpelah. Tapi sekurang-kurangnya kosongkanlah kawasan yang tercemar sehingga ia kembali stabil dan selamat. 

2,000 dilaporkan terjejas dan tak perlu isytiharkan darurat, wow mengkagumkan," ciap TMJ dalam kenyataan itu. 

Netizens di sosial media nampaknya mengikuti rapat kritikan-kritikan TMJ terhadap kerajaan. TMJ juga dibayangkan telah menyalahkan Muhyiddin Yassin dalam isu memberikan kelulusan kepada kilang yang bertanggungjawab dalam insiden pencemaran itu.

Bahan berbahaya yang dibuang di Sungai Kim-Kim dilaporkan ketahui seawal 7 Mac lepas. Setakat ini 8 dari bahan tersebut telah dikenalpasti.

Meskipun tiada kenyataan rasmi tetapi kerajaan nampaknya tidak menyekat ataupun memberikan kenyataan balas berhubung penyebaran dakwaan yang mengatakan antara bahan utamanya adalah cynade dan ianya boleh membawa maut.

Selain dikecam kerana isu darurat, Kerajaan Johor juga menerima pandangan negatif berikutan dilaporkan menangguhkan kerja-kerja pembersihan kerana kos yang tinggi. Hal itu didedahkan oleh Jabatan Bomba.

Selepas pencemaran menjadi semakin teruk, Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan semua 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup sehingga ke satu tarikh bagi memberikan laluan kerja-kerja membersihkan bahagian yang tercemar selesai sepenuhnya. - 16 Mac 2019.