t>

Breaking News

Apa Isunya Dengan Loving Couple Blessing Festival? Baca Pendedahan Ini..

SOSMED | Baru-baru ini isu berkaitan 'Unification Church' sangat menjadi tular di laman sosial.

Hal ini mula diperkatakan apabila Ahmad Iqram Mohammad Noor menulis mengenainya di Facebook pada 26 April yang lepas.

"Unification Church Meneruskan Dakyah Dirasmikan Menteri Perpaduan

Sebelum ini kami telah mendedahkan tentang sebuah agama baru (cult) dari Korea Selatan yang dianggap sesat di dalam Kristian. 


Unification Church terdahulunya pernah menjemput pelajar Malaysia ke Korea Selatan untuk mendoktrinkan pelajar kita tentang agama tersebut. Wawancara bersama pelajar yang terlibat boleh dilihat di video ini;



Universal Peace Federation of Malaysia yang merupakan pertubuhan aktif di bawah gerakan Unification Church di Malaysia bakal mengadakan program besar di Ipoh Perak, pada 27 April (Sabtu) 2019 yang akan dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Waytha Moorthy. 


Program yang dinamakan sebagai Loving Couple Festival ini merupakan tambatan mereka kepada sebuah program keagamaan yang dinamakan Loving Couple Blessing Festival. Ia diadakan pada setiap tahun yang mana orang Islam juga terlibat dengan acara yang diaturkan di dalam program tersebut.

Ramai yang tidak sedar tentang program tersebut merupakan ritual keagamaan Unification Church yang diasaskan oleh Sun Myung Moon (Father Moon) yang mendakwa dirinya adalah jelmaan Jesus akhir zaman dan nabi Adam ketiga untuk misi memberi 3 Great Blessing terutama kepada pasangan yang berkahwin. Demikian itu, untuk menyempurnakan misi Father Moon ini ke seluruh dunia maka program ini turut diadakan di Malaysia.

Demikian itu umat Islam dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti di dalam program mereka kerana ia merupakan program keagamaan,"
katanya dalam kenyataan itu. 



Menurut Ahmad Iqram, program seperti Loving Couple merupakan mask untuk mendakyah perkara lain secara tersembunyi. Ia sebenarnya merupakan satu bentuk ritual yang dikenali sebagai 3 Great Blessing - memberikan restu kepada pasangan yang telah berkahwin, salah satu ritual yang perlu disempurnakan mengikut konteks Unification Church, ujarnya.

Iqram turut menjelaskan, Father Moon mengangkat dirinya sebagai Jesus dan Nabi Adam ketiga dan ajaran Father Moon sebenarnya merupakan cult - kultus, berbeza dengan ajaran Kristian mainstream yang difahami masyarakat kita.

Justeru itu katanya, umat Islam seharusnya mengelak dari melibatkan diri dalam program yang mempunyai kaitan/hubungan dengan Unification Church kerana ia merupakan satu bentuk dakyah bagi menyebarkan cult itu kepada lebih ramai orang lain.

Di dalam program Loving Couple Blessing ini akan melibatkan semua penganut agama dan di gambar tersebut merupakan Father Moon dan Mother Moon yang dianggap sebagai Tuhan di dalam agama Unification Church
Di masa-masa akan datang, program berbentuk keagamaan sebegini haruslah dijauhi, pesannya lagi. 

Bacaan lanjut mengenai Unification Church;

👉 Pengenalan Ajaran Unification Church
👉 Sejarah Unification Church Di Malaysia
👉 Dakyah Kepada Pelajar Malaysia..