Belajar Agama Nak Percuma, Kalau Belajar Benda Lain Bayar Mahal Tak Bising Pula..
Oleh : Mohd Fadli Salleh
"Apa benda la ustaz tu. Mengajar mengaji Quran sampai charge RM50 sebulan. Mengajar mengaji Quran kot. Patutnya ikhlas dah la.
Kata ustaz. Ustaz apa kenakan caj begitu? Tak patut sungguh. Baik belajar kat YouTube jer," rungut ramai orang.
Begitulah ramainya reaksi orang sekarang bilamana ada ustaz mengenakan caj untuk mengajar anak mereka mengaji, untuk ajar solat, untuk ajar fardhu ain.
Kata mereka ustaz tak ikhlas. Kata mereka ustaz jual ayat-ayat suci. Kata mereka, ustaz penunggang agama.
Sedangkan hantar anak tuisyen English RM150 sebulan tak pernah merungut. Bawa anak ke panggung wayang berabis beratus ringgit sebulan katanya itu penting untuk release tension.
Datang bab agama untuk anak-anak kita, datang bab bayaran kelas fardhu ain, bayaran sekolah agama, bayaran mengajar mengaji tiba-tiba melalak kata mahal. Melalak kata tak ikhlas. Melalak kata ustaz penunggang agama.
Apa kau ingat bil elektrik rumah ustaz tu dibayar dengan keikhlasan? Apa ansuran kereta itu boleh dibayar dengan senyuman? Apa secupak beras yang ada didapur itu diturunkan dari langit oleh Tuhan?
Apa kamu fikir begitu?
Makin merebak kaum berkira untuk membayar demi belajar apa-apa tentang agama. Pada mereka, bila berkaitan dengan agama semuanya kena ikhlas dan tak perlu bayar apa-apa.
Mereka lebih rela membayar mahalnya hiburan dunia yang bakal merosakkan anak mereka sedangkan mahu semua bab agama diberi percuma.
Suatu perkara yang kita semua kena fikirkan semula dalam-dalam. Kena hadam dengan tenang. Dan kena belajar terima kenyataan.
"Apa benda la ustaz tu. Mengajar mengaji Quran sampai charge RM50 sebulan. Mengajar mengaji Quran kot. Patutnya ikhlas dah la.
Kata ustaz. Ustaz apa kenakan caj begitu? Tak patut sungguh. Baik belajar kat YouTube jer," rungut ramai orang.
Begitulah ramainya reaksi orang sekarang bilamana ada ustaz mengenakan caj untuk mengajar anak mereka mengaji, untuk ajar solat, untuk ajar fardhu ain.
Gambar - Mohd Fadli Salleh |