t>

Breaking News

Doktor Pakar Ulas Mengenai Herbalife.

Oleh : Imelda Balchin
 

Sekarang ada banyak lapuran dari banyak negara bahawa produk herba seperti Herbalife dikaitkan dengan penyakit keradangan hati.

“The United States Federal Trade Commission described Herbalife in 2016 as a scam disguised as healthy living”







Berhentilah membeli produk kesihatan dari penjual.
Berhentilah membeli produk yang anda tak perlu.

Herba itu tidak semestinya sihat untuk anda jika anda ambil tanpa had setiap hari dan jika anda ambil apa yang anda tidak perlu.

Sekarang ada penyakit yang dinamakan HILI, iaitu Herb-induced-liver-injury.

Kadang-kadang dos-dos herba dalam produk herba tidak diketahui dan tidak dikawal.

Kadang-kadang cara pengeluaran produk herba itu sendiri tanpa kawalan dan regulasi, menyebabkan terdapatnya pencemaran bahan-bahan toxic lain di dalam produk herba itu.

Kadang-kadang kita tidak tahu apakah kesannya kepada anda jika anda campur-adukkan produk-produk berherba yang anda tidak perlukan dengan ubat-ubatan lain yang memang anda perlukan untuk kesihatan anda.

Kadang-kadang kita sudah ada sedikit masalah organ hati yang tidak disedari akibat penyakit lain tetapi pengambilan produk yang kita tidak perlukan menambahkan lagi beban kepada organ hati.

Nasihat saya kepada anda: jangan ambil apa-apa produk yang anda tidak perlukan dan jangan buat andaian yang produk berherba itu selamat.

Nak turunkan berat badan, ikut seperti yang saya dah banyak kali ajar dalam posting-posting saya:

1) Bersenam dengan kerap - luangkan masa 150 minit seminggu: sebagai contoh 20-25 minit sehari, atau 30 minit 5 kali seminggu, atau 40 minit 4 kali seminggu, atau 50 minit 3 kali seminggu.

2) Jangan makan berlebihan.

3) Pemakanan sihat dan seimbang.

4) Belajar minum air bersih kosong.

5) Turunkan berat badan dan lemak badan secara perlahan dan maintain dengan bersenam dan kehidupan cergas setiap hari.

Jangan terpedaya dengan produk dari penjual yang kata boleh turun berat badan cepat-cepat sebab anda kena tahu ini bukan kaedah yang sihat untuk badan anda. Matlamat anda ialah badan sihat.

6) Mencegah lebih baik dari merawat. Amalkan gaya hidup sihat dan cergas seumur hidup.

Jangan tunggu sampai dah obese atau dah ada penyakit baru nak ubah gaya hidup. Memanglah lebih susah lagi nak ubah badan anda jika dibenarkan menjadi obese dan berpenyakit sebelum anda ubah gaya hidup anda.

Selepas anda berpuasa pun, buka puasa dengan makanan sihat dan jangan makan berlebihan. Bulan puasa pun jangan abaikan senaman.

Amalkan gaya hidup sihat dan cergas seumur hidup. Anda tidak perlu apa-apa produk untuk kesihatan, kecuali jika ada kekurangan atau ada masalah kesihatan dan diberi preskripsi dari doktor.

Untuk rujukan dan bacaan lanjut:

https://livertox.nih.gov/Herbalife.htm

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6027193/…

https://journals.lww.com/…/Herb_induced_liver_injury_after_…

Terimakasih kepada PW Community yang juga menunjukkan lapuran-lapuran ini.