t>

Breaking News

"Isu Artis, LGBT Laju Je Tibai, Kena Kat Member Sendiri Kata Jangan Jaja Aib," Dai'e Wan Dikecam Netizens.

VIRAL | Dengan kemarahan lautan netizens yang membantai PU Abu Sufyan di laman sosial, Dai'e Wan turut menerima tempiasnya.

Troll netizens
Ini gara-gara kicauan Da'i Wan Dazrin berkenaan isu rumahtangga PU Abu Sufyan.

Da'i Wan berkata PU Abu tidak membuka aibnya secara terang-terangan, justeru itu tiada keperluan untuk dirinya menasihati PU Abu Sufyan secara terbuka. Berbeza dengan apa yang pernah ditegurnya, telah melakukan kemaksiatan secara terang-terangan.

Bagaimanapun penjelasan Da'i Wan itu telah mencetuskan perasaan marah netizens yang mempertikaikan hujahnya.



Menurut netizens, tindakan PU Abu Sufyan bergambar berduaan dengan kekasihnya, merupakan satu bentuk menyebarkan keaiban sendiri secara terbuka, apatah lagi gambar-gambar di sosmed itu boleh diakses oleh isteri PU Abu Sufyan sendiri (pada ketika itu). Maka adalah tidak tepat untuk mewajarkan perbuatan Abu Sufyan adalah perkara yang terselindung.

Antara yang mengulas mengenai isu itu adalah social influencer yang melawan penipuan ubat-ubatan terlarang, Khairul Yoi.

Sebahagian dari kisah hidup dipercayai PU Abu Sufyan yang tular
"Aku sebenaqnya takmau amik peduli pun hal yang takdak kena mengena ngan produk sampah. Tapi lepaih baca confessions dan ulasan dari daie wan yang merangkap member PU Abu Sufyan ni aku panaih hati la jugak. Ingat lagi macam mana hang hentam artis-artis, pondan-pondan, sampai tulis surat berjela-jela kat depa? Mai kat member hang, hang kata "aib". 

Ni bukan soal haram tak haram halai tak halai sah tak sah. Ni soal perikemanusiaan. Sorang yang tau pasai agama sanggup jandakan bini sendiri yang mengandung untuk kejaq janda yang gugurkan kandungan demi sekeping pepek. Sumpah aku tak paham. Awat hang tak tulih surat berjela-jela kat member hang. 

Tulih la netijen nak baca tulisan lemah lembut seorang member nasihat membernya secara public lagumana hang tulih surat kat artis-artis dulu hang tak pikiaq aib depa pon," tulis Khairul Yoi di halaman Facebooknya.

Mengejutkan, majoriti yang komen menyokong pula kritikan Khairul kepada Da'i Wan.

Rata-rata netizens beranggapan Da'i Wan telah membela sahabatnya sendiri. 


Tidak tunduk kepada kecaman tersebut, Da'i Wan tampil sekali lagi dengan penjelasan di Facebooknya sebentar tadi.

"Tidakku membela sesiapa, tidak pernah saya berkira-kira kalau dia Pu, Imam Muda, bila kesalahan itu adalah maksiat atau kemungkaran dilakukan dengan terbuka dan berbangga, maka akan saya hadir untuk menyampaikan teguran juga. 


Namun untuk isu kali ini, ia lain, ia tidak sama dengan pendedahan maksiat / kemungkaran secara terbuka. Ianya hal yang tertutup. Hal rumah tangga orang. Hal aib pasangan suami isteri. Jadi limitkan diri, bataskan diri, cegahkan diri untuk terlibat dalam hal ehwal aib mereka.

Amanahku pada Allah swt adalah menyuluh kalian dengan pencerahan ilmu dan kefahaman, khususnya dalam bab Talak sewaktu hamil contohnya, apakah pendapat para ulama dan sebagainya. 


Itu sememangnya tugasku, apakah masih salah untuk menyampaikan sesuatu yang benar menurut kesepakatan para ulama? Tidak cukup dengan itu, perananku juga untuk menyediakan solusi buat kalian. Sudahku ingatkan, aib suami isteri, Media Sosial bukan tempat luahannya. 

Pergilah ke Mahkamah Syariah, di situ akan ada pengadilan yang wajar untuk si isteri akibat kecurangan dan sikap si suami. Jangan bawa ke Media Sosial, ia tidak mampu menyelesaikan masalah, ia hanya akan mengeruhkan keadaan.

Bila daku panjangkan syarahan menurut pendapat ulama’, tidak bermaksudku tidak mempunyai simpati dan empati pada si isterinya dan tidak bermaksud pula daku menyokong tindakan suaminya. 

Belajar bezakan tatkala seseorang sedang menyampaikan ilmu atau sedang memberi empati. Apa-apa pun, daku tetap memanjangkan permohonan maaf meskipun daku tidak berbuat apa2 kesalahan pun. 

Cuma daku panjangkan permohonan maaf sebab daku memilih untuk letakkan Tawadhu’ di depan, semata nak mentautkan kasih sayang kita yang cuma sekadar sesama hamba ini. Yang tak lepas dari melakukan kesalahan sebagai manusia biasa, tidak kisah bertitlekan apa, dia tetap seorang manusia yg punya jatuh bangun sendiri.

Saya mendoakan hak isteri tersebut terbela, & suaminya mendapatkan balasan yang setimpal di dunia hasil pengadilan mahkamah Syariah, dan tidak akan juga terlepas dari pengadilan mahkamah Akhirat. Bukan dia sahaja, setiap satu antara kita juga. Maka hati2lah selalu dgn aib sesiapapun. Terutama diri kita sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Namun sebagaimana respon di Twitter, penjelasannya di Facebook turut menerima kesan yang teruk, apabila hampir kesemua netizens memilih untuk menghentam dan memaki hamun Da'i Wan. - 21 April 2019.