t>

Breaking News

Selepas Minta Maaf Pada Netizens Dan Berharap Dapat Balasan Setimpal, PU Abu Sufyan Padam Kenyataan Maaf..

SOSMED | Selepas dua jam membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram miliknya, PU Abu Sufyan memadamkan kenyataan itu.


Assalammualaikum,

Saya PU Abu @ Muhammad Abu Sufyan bin Mokhtar Rozaidi memohon maaf di atas kesalahan menceraikan isteri saya ketika mengandung dan saya amat menyesali atas ketelanjuran saya lakukan,”
 

Saya meminta maaf kepada bekas isteri @ainafini_ dan keluarga mereka kerana berlaku sikap tidak adil terhadap mereka.
 

Moga saya mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang saya lakukan. 

Saya harap pihak netizen berhenti mengecam pihak yang tidak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung," katanya dalam kenyataan ringkas itu.

Tidak dapat dipastikan kenapa kenyataan maaf itu dipadamkan. Netizens berspekulasi mungkin bukan PU Abu Sufyan yang menuliskan kenyataan itu ataupun ia mungkin ditarikbalik kerana terdapat kata-kata yang mendoakan Abu Sufyan mendapat pembalasan - bagaikan kata-kata yang menyumpah dirinya sendiri.


Ain Afini, bekas isteri Abu Sufyan pula mengharapkan agar netizens tidak memanjangkan perkara itu sehingga ke tahap membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.


Ini kerana kata Ain, keluarganya termasuklah keluarga mentuanya telah membantu dirinya sehabis baik selama dia menghadapi masalah rumahtangga dengan PU Abu Sufyan.

Ain juga berharap setiap netizens menjaga tutur kata dan adab sebelum melemparkan sebarang komen di laman sosial.



Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan netizens bawang melaporkan PU Abu Sufyan merupakan anak kepada SU Eksekutif Amanah. 

Dan bapanya itu telah bertindak memadamkan nama Abu Sufyan dari senarai biodata di Facebooknya. - 22 April 2019.