t>

Breaking News

Adakah Kita Perlu Melawat Al-Aqsa?

Oleh : Shauqi Hasan

ADAKAH KITA PERLU MELAWAT AL-AQSA?

Palestine itu besar, bukan hanya Gaza sahaja. Baitulmaqdis pula bukan hanya milik Palestine, ia adalah milik seluruh umat Islam di atas muka bumi ini walau di mana pun kita berada.

 

 
Yang diperintah dan digesa untuk kita bersusah payah adalah ziarah ke Masjidil Aqsa, Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, Makkah. 3 kota suci inilah ramai yang berusaha untuk sampai ke sana walaupun sekali seumur hidup.

Isu melawat Al-aqsa ini adalah isu yang sensitif bagi umat Islam. Kerana ia melibatkan fiqah dan emosi. Ramai yang berbelah bahagi kerana fiqah memberikan pelbagai pandangan yang meletakkan emosi umat Islam dalam keadaan serba salah.

Ada yang memetik fatwa dari tanah Arab yang bersikap keras dan menghalang dari melawati Al-Aqsa. Ada juga fatwa dari Nusantara yang lebih lembut dan memberi kebebasan pandangan untuk kita membuat pilihan dan keputusan yang sesuai dengan sunnah Rasulullah yang menuntut kita ziarah ke Baitulmaqdis.

Yang Nabi Muhammad suruh kita pergi adalah Masjidil Aqsa sesuai perintah Allah dalam al-Quran bukan Gaza. Di Gaza itu misi kemanusiaan, pergi Baitulmaqdis adalah satu perintah Tuhan.

Bagi mereka yang berkemampuan dari segi kewangan, bersikap terbuka, berlapang dada dan mempunyai pandangan yang bukan berasaskan emosi semata-mata, mereka mengambil kira banyak faktor kenapa perlu melawat Baitulmaqdis.

Kalau pergi 'melancong' ke Amerika kita tidak rasa berdosa. Sebab itu adalah normalisasi katanya. Sedangkan yang kawal Amerika itu adalah Yahudi juga. Tapi dibenarkan kita ke sana sebab apa?

Kerana ia tidak melibatkan fiqah. Ada saja umat Islam yang belajar dan bekerja di sana, mereka tidak dikatakan menyokong Amerika dan ekonominya.

Sebab pada pandangan kita Amerika bukan Israel. Tapi terang-terang kita tahu Amerika tu boneka Zionis. Hamba kepada misi Rothschild dan Rockafeller.

2/3 ekonomi dan teknologi di dunia ini dikawal dan dibawa Israel melalui negara-negara maju terutamanya melalui Amerika. Secara emosinya kita tidak rasa apa-apa sebab itu bukan Israel.

Apa yang kita sedang gunakan dalam kehidupan kita hari ini daripada Iphone, Motorola, Intel, IBM, Microsoft, Google, Fb, rangkaian produk Nestle, McDonald, Coca Cola, Starbuck dan banyak lagi dok berlegar dalam rumah kita dan sebagainya. Semua itu produk siapa kalau bukan ada hubungan dengan Israel.

Adakah itu tanda kita menyokong Yahudi? Mestilah kita tak akan mengaku sebab kita hanya guna produk tu di Malaysia. Kalau boikot pun, tak semua kita dapat lari.

Handphone dan facebook yang tengah kita gunakan ini pun sudah menjerat kita sebagai agen dan pengguna produk Israel. Adakah bermaksud kita mengiktiraf Yahudi dan Negara Israel?

Bila ada yang mempunyai impian, keinginan, hajat, kehendak dan kemahuan untuk ziarah ke Masjdil Aqsa itu adalah lumrah dan emosi bagi setiap umat Islam yang nak menyahut seruan Rasulullah.

Duit ada, tubuh badan sihat dan masih muda sementara Baitulmaqdis masih boleh dilawati, sebelum ditutup selama-lamanya. Pergilah. Daripada kita pergi Amerika, Paris, Japan dan negara yang pergi pun tak dapat apa-apa pahala pun kecuali melancong juga.

Lebih baik kumpul duit pergi ke Baitulmaqdis untuk kita fahami sejarah, politik dan pergolakan yang berlaku dengan melihat dengan mata kepala kita sendiri. Bukan lagi bergantung pada media dan maklumat pihak ketiga.

Jangan kita sempitkan pemikiran kita dengan satu pandangan yang boleh menjadikan kita jumud sampai kita tak nampak apa mesej besar dari perintah Nabi Muhamad saw.

Saya sendiri pergi ke Al-Aqsa atas misi ilmu dan agama. Mungkin bukan sehebat geng-geng yang berjuang misi kemanusiaan di Gaza.

Tapi saya tahu misi saya adalah untuk membuka minda kita sebagai umat Islam melihat 'tanda-tanda' (ayat-ayat) Al-Quran yang jelas Allah suruh kita pergi ke Al-Aqsa.

Jihad kita dengan Al-Quran melalui tuntutan ilmu. Biarlah apa kata manusia lain yang mungkin jahil dan tidak mahu cuba memahami perintah kitab dan sunnah secara konteks.

Sampai bila kita nak tengok saja Baitulmaqdis dalam internet? Tanpa berusaha untuk sampai ke sana menyahut seruan perintah Nabi dan Allah.

Perlukah kita pergi ke Al-Aqsa?