t>

Breaking News

Basikal Percuma Untuk Kanak2 Rajin Bersolat, Masjid Mahmudi Dipuji Netizens.

Nampaknya tindakan AJK Masjid Mahmudi yang memberikan hadiah basikal percuma kepada kanak-kanak yang rajin ke masjid setiap hari selama sebulan mendapat pujian netizens.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun yang hadir ke Masjid Mahmudi, Bachok setiap hari selama sebulan akan mendapat basikal secara percuma.
 

 
Inisiatif itu bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak hadir ke masjid sepanjang Ramadan ini.

Imam tua masjid berkenaan, Baharin Yusoff berkata, inisiatif itu sudah dibuat sejak tahun lalu dengan kanak-kanak yang hadir ke masjid itu akan mendaftarkan nama mereka bagi menunaikan tiga waktu solat ditetapkan.

“Mereka yang hadir penuh bagi menunaikan solat Subuh, Maghrib dan Isyak kita akan bagi sebuah basikal seorang.

“Memang pada mulanya mereka mungkin datang sebab nak basikal, tapi lama-kelamaan timbul minat mereka suka datang ke masjid untuk beribadat,”
katanya, memetik laporan Harian Metro hari ini.

Baharin turut menambah, lebih 100 kanak-kanak hadir ke masjid itu bagi solat tarawih, namun 15 daripadanya berjaya hadir di tiga waktu solat ditetapkan.

“Tiada had pemenang kalau 10 kanak-kanak cukup tiga waktu itu, mereka semua akan diberi basikal malah tahun ini kita juga beri hadiah kepada orang tua paling cergas dan paling banyak hadir solat tarawih,”
jelasnya.


Tindakan yang dilakukan oleh masjid itu mendapat pujian rata-rata netizens.


Meskipun ada segilintir yang memberikan reaksi negatif tetapi ramai beranggapan masjid sepatutnya memainkan peranan seperti ini dengan lebih kerap lagi bagi menarik minat orang ramai terutamanya anak muda untuk ke masjid.

Seperti;

👉 Perpustakaan mini

👉 Tempat bersembang/santai

👉 Tidak menghalang kanak-kanak dari bergembira di kawasan masjid

👉 Menyediakan satu kawasan untuk anak kecil bawah 4 tahun bermain semasa ibu bapa bersolat terutamanya solat terawikh (untuk rekod, beberapa masjid sudah melaksanakan inisiatif seperti ini)

👉 Food bank fakir miskin

👉 Kem cuti sekolah

👉 Kem wanita dan kekeluargaan

👉 Kelas mengaji percuma

👉 Kelas tuisyen percuma (UPSR, PT3, SPM)

Modenisasi menyebabkan masyarakat tidak lagi mahu memandang masjid sebagai tempat untuk bersolat semata-mata.

Mereka berharap disamping menjadikan masjid sebagai produk pelancongan, kerajaan perlu ada usaha untuk mengalakkan lebih ramai umat Islam berjemaah, melepak, bersantai dan mendengar kuliah di dalam masjid, tidak terhad dalam waktu bulan Ramadhan semata-mata. - 9 Mei 2019.