t>

Breaking News

Betul Ke Elektrik Naik Mendadak? TNB Terlebih Caj Pengguna?

Oleh : Alwi Adam

Bil TNB naik mendadak?


Sebenarnya saya juga terkejut dengan bil saya bulan ini yang juga naik mendadak. TNB dalam kenyataannya mengatakan ia adalah kerana bil itu diambil dan dicaj berdasarkan lebihan hari.

Jadi andaian saya adalah, sepatutnya ia sama sahaja. Bulan ini kita bayar lebih sebab bil untuk 35 hari, bulan depan kita bayar kurang kerana bil untuk 25 hari. Itu andaian saya.

Namun apabila membawa komen di page TNB Careline, saya pun ragu ragu juga. Mungkin dakwaan ada asasnya.

Sebagai contoh, dakwaan apabila TNB sengaja caj lebihan hari, maka penggunaan akan tinggi dan akan dicaj dalam julat yang lebih tinggi.

 

 
TNB memberi contoh 3 julat caj, 200, next 100, dan next 300. Anda akan lihat caj per kWh bertambah jika bacaan bertambah. Lagi banyak kita guna maka lebih mahallah. Boleh rujuk gambar 1.

Namun saya tidak puas hati, maka saya pun mahu verify sendiri. Maka terhasillah simulasi excel ini. Rujuk gambar 2.

Disebabkan TNB memberi contoh penggunaan 452 kWh untuk penggunaan 35 hari dan cara pengiraan pro rata, maka kita dapat gunakan data yang sama untuk verify. Dan kita boleh tukar penggunaan ini ikut nilai penggunaan kita. Namun ia hanya terhad untuk julat ketiga iaitu next 300kWh pada caj 0.516.


Beberapa andaian yang saya buat.

1) Pengiraan ini maksimum pada julat 300 kWh.
2) Kiraan ini untuk 2 bulan sahaja.
3) Caj ini untuk residential bukan commercial.
4) Saya juga mengira purata penggunaan sehari dengan andaian pengunaan sama setiap hari. Sekiranya lebihan 5 hari jatuh pada hari spesifik seperti hari cuti, saya tidak mengambil kira faktor ini.
5) Limit kiraan ini adalah penggunaan minimum 350kWH kerana ia akan memberi nilai negatif kiraan julat next 300 kWH dan juga maksimum 650 kWh kerana mungkin selepas next 300 kWh ada caj berbeza. Namun simulasi ini boleh sahaja ditukar secara manual.

 




 
Jadi saya akan kira beberapa kes;

1) Bil 35 hari dan 25 hari. 35 hari dicaj secara pro rata dan 25 hari dicaj juga secara pro rata. Gambar 3 & 4.

2) Bil 35 hari dan 25 hari. 35 hari dicaj secara pro rata dan 25 hari dicaj secara NORMAL. Ini kerana kenyataan TNB mengatakan harga pro rata hanya dicaj sekiranya terlebih 30 hari, bukan terkurang 30 hari. Jadi caj adalah caj normal. TNB kena verify. Rujuk gambar-gambar di atas.

 

 
3) Bil normal 30 hari dan 30 hari. Untuk membandingkan CAJ NORMAL. Gambar atas.

Untuk kes (1)

Jumlah caj adalah RM 244.23

Untuk kes (2)

Jumlah caj adalah RM 231.26

Untuk kes (3)


s


Jumlah caj adalah RM 244.23. Rujuk gambar atas.

Dapatan ini sangat menarik. Kita dapat tengok kes (1) dan kes (3) adalah sama. Bermakna jika TNB caj prorate untuk terkurang dan terlebih, maka ianya akan sama sahaja nilainya dengan caj untuk 30 hari.

Jika caj terkurang 30 hari adalah tidak mengikut kadar pro rata dan dicaj dengan julat dan caj normal, maka jumlah caj adalah KURANG. Ini kerana jumlah kWh yang kurang disebabkan penggunaan kurang 30 hari dan banyak yang jatuh di julat caj awal.

Jadi sebenarnya jika TNB caj terlebih hari dan seterusnya caj on time di akhir bulan, kita di caj kurang dari normal. Bandingkan kes (3) dan kes (2).

Jadi kesimpulan saya ialah kebarangkalian kita dicaj normal atau dicaj kurang sahaja. Tidak ada kebarangkalian dicaj lebih.

Saya juga telah gunakan data penggunaan 1000kWh, dapatannya tetap sama.

Jika TNB terbil lebih hari dan on time untuk bulan seterusnya, pengguna yang menggunakan 350 kWh selama 35 hari akan jimat sebanyak 8% dan pengguna menggunakan 650 kWH jimat 3%.

Jadi berdasarkan maklumat saya ini, saya perlukan feedback anda semua sekiranya anda ada pandangan, pembetulan, penafian secara rasional.

Saya hanya pengguna TNB, tiada conflict of interest, sekarang ini saya tiada memegang (lagi) saham TNB, saya juga bayar sama macam anda semua. Bil saya Rm 400-500 sebulan. Bil office apatah lagi. Huhu.

Jika anda rasa ia bermanfaatlah, bolehlah like dan kongsi seluas luasnya.