t>

Breaking News

Gambar Dinding Penahan Lebuhraya WCE Yang 'Rapuh' Tersebar, Netizens Persoalkan Aspek Keselamatan..

SEMASA | Masalah gangguan air yang berlaku di sekitar Klang, Selangor disebabkan paip pecah di lebuhraya WCE mengundang persoalan baru dikalangan netizens.


Sebelum ini Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan masalah berpunca dari dinding penahan yang dibina oleh WCE 'gagal', menyebabkan tanah bergerak dan paip utama tersasar di beberapa tempat. 

"KEGAGALAN DINDING PENAHAN YANG DIBINA WCE, SEBAB TANAH BERGERAK & PAIP UTAMA TERSASAR DIBEBERAPA TEMPAT

Saya mengambil maklum mengenai situasi air yang tidak dijangka di beberapa kawasan di Klang yang telah memberi kesan kepada penduduk.

Walaupun pihak Air Selangor sudah berusaha sedaya upaya bagi memastikan bekalan air dapat dikembalikan dengan kadar segera, masalah terjadi dalam kerja-kerja baik pulih pada salah satu paip.

Pihak Air Selangor telah memaklumkan kepada saya bahawa terdapat kebocoran baharu yang dikesan pada sebuah paip 900mm yang sebelum ini telah siap dibaiki.

Air Selangor turut memaklumkan bahawa paip-paip yang pecah sebelum ini terjadi di bawah keadaan yang tidak normal. Paip-paip tersebut telah tersasar (displaced and dislocated) di beberapa tempat akibat daripada kegagalan dinding penahan (retaining wall) yang dibina West Coast Expressway (WCE), mengakibatkan pergerakan tanah dan seterusnya menolak paip tersebut.

Oleh sebab itu, kerja-kerja pembaikian menjadi perlahan, sukar dan berisiko tinggi kerana terdapat kesan pergerakan tanah di dinding penahan.

Air Selangor akan melakukan penilaian kerosakan secepat mungkin terhadap kebocoran terbaharu yang dikesan pada salah satu paip.

Saya berharap agar semua pengguna yang terkesan supaya terus kekal bertenang sementara Air Selangor melakukan kerja-kerja pembaikian.

Sebaik pulang dari Sabah petang ini, saya akan pergi ke kawasan yang terjejas pada pukul 6 petang ini.

Rakan-rakan media adalah dijemput untuk membuat liputan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Air Selangor atas usaha mereka untuk mengawal situasi air. Sebarang keperluan bagi tangki air kecemasan and bantuan boleh ditujukan kepada Air Selangor melalui saluran rasmi,"
katanya dalam kenyataan itu.


Gambar-gambar mengenai kejadian turut disebarkan di sosial media.







Hal ini sekaligus menimbulkan kegusaran dikalangan netizens. Mereka mahu tahu;


👉 Siapakah kontraktor yang bertanggungjawab membina dinding penahan?


👉 Apakah akan ada siasatan susulan bagi menyiasat punca kecuaian?

👉 Adakah ia selamat untuk laluan pengguna selepas dibuka kelak? 

Lebuhraya WCE dijangka akan dibuka sebelum bermulanya Aidilfitri, sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tamatnya puasa.

Lebuhraya itu akan dilalui oleh ramai pengguna yang mahu balik ke Perak dan sekitarnya. 

Sesetengah netizens beranggapan ia adalah nasib baik kejadian berlaku semasa lebuhraya itu masih dalam proses pembinaan namun mahu kerajaan memastikan tahap keselamatan lebuhraya itu sebelum membukanya kepada orang ramai bermula pertengahan tahun ini. - 8 Mei 2019.