t>

Breaking News

Propaganda Gagal, NGO Lapor Polis, Alif Kata Niat Asal Nak Promosikan Produk..

VIRAL | Drama propaganda Alif Syukri nampaknya memakan dirinya sendiri apabila sebuah badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis ke atas usahawan kosmetik itu kerana merotan anak perempuannya berusia sembilan tahun atas alasan kanak-kanak itu membuka tudung.
 

 
Perbuatan itu disifatkan sebagai penderaan fizikal.

Laporan itu dibuat pada Selasa oleh Protect and Save The Children (P.S. The Children), ahli Gabungan Hak Kanak-Kanak Malaysia (CRCM) di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.

CRCM dalam satu kenyataan pada Selasa berkata mereka amat terkesan dengan perbuatan Aliff Syukri.

"Datuk Aliff Syukri mendakwa di media sosialnya bahawa dia merotan anak perempuannya kerana dia membuka tudung di hadapan lelaki tidak dikenali.

"Dia secara umum memalukan anaknya dengan rakaman video menyapu ubat di belakang badan anaknya untuk ditonton kira-kira 3.1 juta pengikutnya
.

"Perbuatan merotan anak perempuannya merupakan penderaan fizikal dan satu kesalahan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan juga di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga," kata CRCM.

CRCM menggesa polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mengambil tindakan segera dan menyeluruh terhadap insiden itu.

Video berdurasi satu minit itu mendapat 881,934 tontonan dan 67,408 tanda suka sehingga pukul 8.39 malam Selasa.




Dalam video itu Aliff berkata dia merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra, 9, atau Cess kerana membuka tudung di hadapan lelaki tidak dikenali.

Susulan dari laporan CRCM itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang ke pejabat Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.

Bagaimanapun, Aliff tidak sempat berjumpa dengan wakil JKM berkenaan kerana sibuk dengan hal kerja.

"Mereka ada datang di pejabat, namun saya tidak sempat berjumpa. Mereka ada menghubungi sebelum datang ke pejabat, namun saya dan isteri sibuk dengan hal kerja," katanya memetik laporan dari Kosmo! Online semalam.

Menurut Aliff, dia bersedia memberi kerjasama kepada pihak JKM. Dalam masa sama, Aliff kesal tindakannya itu mencetuskan pelbagai reaksi negatif sehingga menyebabkan ada beberapa pihak yang tersinggung.

"Saya sedar akan kesilapan saya dan bersedia memberikan kerjasama kepada pihak JKM. Sebelum dihubungi JKM, ada juga pihak polis menghubungi saya berhubung perkara ini dan saya sedia beri kerjasama.

"Saya mohon maaf atas apa yang berlaku tapi itu memang cara saya mendidik anak. Saya akui saya memang jahil dan banyak kekurangan.

"Mungkin orang fikir saya melakukan penderaan fizikal terhadap Qadejah El Zahra tetapi sebenarnya tiada sebarang kecederaan serius pun.

"Anak saya itu memang senang menangis (kuat drama). Dia manja dan perangainya saling tidak tumpah seperti saya,"
katanya yang turut mempertahankan tindakannya mendidik anak mengikut cara lama kerana tidak mahu menyesal di kemudian hari.

"Zaman sekarang, macam-macam perkara boleh berlaku. Masalah sosial semakin berleluasa terutama dalam kalangan perempuan. Walaupun saya mengakui kesilapan, nasihat saya, sebelum menyibuk hal tepi kain orang, tolong jaga tepi kain sendiri terlebih dahulu,"
katanya.

Berdasarkan kenyataan Aliff dan isterinya dalam sidang media yang diadakan, Aliff berkata dia sebenarnya mahu mempromosikan produknya tetapi tidak menyangka video itu viral.


"Saya hanya ada rotan senipis ini (jari kelingking), tak berdarah pun.

"Saya akui saya ada buat benda tu (merotan). Tapi malam itu saya rasa sebagai seorang bapa, rasa bersalah, saya taruk krim. Sebenarnya plan saya, saya nak keluarkan saya punya produk. Tak sangka pula viral,"
katanya.

"Dia pula menangis bukan sebab sakit, tapi terharu," kata isterinya.


Meskipun telah memberikan penjelasan, sesetengah netizens nampaknya enggan menerima alasan Alif Syukri.

Usahawan komestik itu berterusan disindir dan dipersoalkan kerana tergamak memukul anak sendiri yang baru berusia 9 tahun disebabkan pemakaian tudung.  

Alif Syukri kemudiannya bertindak menempelak pengomen-pengomen yang berterusan menyerang dirinya.

"Jaga anak awak dulu tak payah sibuk hal anak saya.

saya ni memanglah mulut laser kuat membebel tapi saya ni tak bodoh tau. Saya sayang anak saya sendiri. Saya buat mesti ada sebab. Jaga anak perempuan zaman sekarang kena lebih takut tengok keadaan semasa, dalam mendidik anak saya ada cara saya. 


Kadang-kadang pelik la orang yang sibuk cara kita didik anak. Saya ni dah la jahil, jahat, bukan orang baik, sekolah pun bodoh, takkan saya nak anak saya ikut perangai buruk saya. Saya nak anak yang terbaik..

Kalau lah korang nak tau mak saya jauh lebih garang... Dulu mak saya ni pukul dengan getah paip, pijak, lempang, semua cukup pakej... sebab tu saya jadi sampai hari ni menghargai erti kehidupan... orang-orang dulu ni memang didik anak ada cara mereka, saya pilih didik anak cara lama, yang nak ikut zaman terpulang la.


Sebab esok-esok kalau anak saya tak elok saya juga yang dipersalahkan bukan korang..😅  Sila komen dibawah pandangan korang jaga anak pulak," katanya mengakhiri luahan itu. - 4 Mei 2019.