t>

Breaking News

Agih Zakat : Pimpinan DAP Tunggang Agama, Hukum Islam Kata Tak Boleh Hujah Netizens..

SOSMED | Sehari dua ini hangat isu pimpinan DAP yang memainkan peranan mengagihkan bantuan zakat ke umat Islam yang layak menerimanya.






Hal ini menjadi persoalan kerana ramai pihak berpendapat tujuan pimpinan DAP mengagihkan bantuan zakat adalah demi millage politik.

Misalnya Fathul Farisan berkata, "Ramai masih tak faham dan tengok benda ni secara literal.. Yang dimarahkan ialah perbuatan pemimpin DAP ni menunggang agama Islam dengan menggunakan zakat bagi menampakkan mereka "mesra Muslim".. 

Kalau betul-betul mereka ikhlas, buat di tempat tertutup, tanpa ada orang tengok, rasanya mereka akan menyondol tak zakat ni?

INi tak, muka terpampang sana-sini riak menunjuk agih zakat padahal orang Islam yang bekerja membayar zakat pun tak berlebih macam tu," komennya.

Nasruddin Tantawi pula berkata;

Janganlah satu hari nanti non muslim kena sembelih daging korban..


Kenyataan oleh Ustaz Aznan Hasan di Facebooknya pula mendapat respon meluas netizens dan dikongsikan oleh ramai pihak;

"Sepanjang saya menjadi penasihat syariah bank-bank (sama ada sebagai chairman atau ahli biasa), pengalaman saya ialah, kita amat berjaga dengan agihan zakat. 


Kita akan pastikan bahawa agihan zakat ini jauh daripada capaian ahli politik. Bahkan, pernah kita menolak proposal agihan zakat daripada seorang menteri untuk beliau agihkan kepada kawasan beliau. 

Menteri tersebut call saya secara peribadi, dan bertanya kenapa tak benarkan. Saya memberitahu beliau kenapa kita tak nak agihan zakat ini diberikan oleh ahli politik, walaupun beliau adalah menteri dan agihan tersebut adalah untuk kawasan beliau. 

Beliau berhujah bahawa mereka yang pegawainya beri nama tersebut adalah asnaf yang sepatutnya menerima sumbangan. Saya kata tak ada masalah. Kami boleh buat assessment kami dan kami akan serahkan, tanpa perlu kehadiran beliau. (Beliau bertanya, bolehkah saya hadir? Jawapan saya: Sesiapa saja boleh hadir. Tak ada masalah. Tapi untuk nak serah dan berucap, kita tak dapat beri.) 

Kami tak mahu agihan zakat ini menjadi milage politik sesiapa sekalipun. Apa yang penting adalah zakat sampai kepada mereka, tak penting melalui sesiapa, termasuklah beliau. 

Daripada nada suara beliau, saya tahu beliau tetap tak berpuas hati, namun beliau tahu, itu prinsip yang kami pegang. Jika ini yang kita lakukan kepada MP dan ADUN Muslim, apatah lagi jika agihan zakat ini, menjadi milage kepada MP Arau ADUN yang bukan Islam.

Ini adalah pengalaman saya. Penasihat Syariah lain, saya tak tahu,"
katanya dalam satu kenyataan.
 

Manakala Sue Qaseh berkongsikan fatwa,"Menurut Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 10 Mei 2001, orang bukan Islam tidak boleh dilantik menjadi amil iaitu mengutip, mengurus dan mengagihkan zakat. 

Keputusan ini terpakai dalam isu mewakilkan orang bukan Islam dalam mengagihkan zakat. Biarpun mungkin tiada lantikan rasmi, tetapi mewakilkan mereka tidak bertepatan dengan al-Siyasah al-Syariyyah," tulisnya.

Bagaimanapun semakan mendapati fatwa sedemikian tiada wujud di laman web agensi berkenaan. Sebaliknya apa yang ada ialah;



Rujukan (sini)

Berkemungkinan besar fatwa yang disebarkan oleh sebilangan pihak telah diubahsuai bagi tujuan mengelirukan. 

Berdasarkan semakan juga, fatwa wanita dan orang bukan Islam sebagai amil tidak diwartakan.


Manakala Khairul Azri menulis;
 

"AMIL.

Amil ialah mereka yang dilantik untuk melaksanakan segala fungsi urusan zakat yang meliputi tugas memungut, menyimpan, mengagih dan mentadbir wang zakat. Ia terdiri daripada pemungut, kerani, jurukira, pengagih, pentadbir, penjaga stor dan jawatan lain yang berkaitan. [1]

Menurut kitab ‘Ianah al-Thalibin, syarat-syarat amil zakat ialah Islam, memahami hukum fikah, mukallaf, merdeka, adil, mendengar, melihat, lelaki dan amanah. [2]

Menurut Yusuf al-Qaradhawi, syarat-syarat amil zakat ialah Islam, mukallaf, jujur, memahami hukum zakat, mampu melaksanakan tugas, adil, merdeka, bukan keturunan Nabi SAW, dan lelaki.[3]

Menurut Mazhab Maliki, amil tidak boleh dilantik dari kalangan orang kafir, fasiq dan orang jahil.

Daripada hujah-hujah tersebut, dapat dirumuskan bahawa zakat adalah berkaitan dengan urusan agama, maka orang bukan Islam tidak boleh dilantik sebagai amil zakat.

Sekian.

*Nota Kaki: Petikan asal daripada Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,
Berhubung Dengan Isu-isu Muamalat - Cetakan 2009 ketika membincangkan mengenai Hukum Wanita Dan Orang Bukan Islam Sebagai Amil Zakat Gaji Dan
Pendapatan Di Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Rujukan :
 

[1] Al-Qaradhawi, Yusuf, Fiqh al-zakah, jld.2 hlm.579.
[2] Syed al-Bakri Mohamad Syatha al-Dimyati, Ianah al-thalibin, jld. 2, hlm.190. 87
[3] Al-Qaradhawi, Yusof, Fiqh al-zakah, jld. 2, hlm. 586-589,"
katanya dalam kenyataan itu.


Mufti Pulau Pinang sebelum ini mengatakan hukumnya harus bagi bukan muslim terlibat dalam agihan zakat. - 2 Jun 2019.