t>

Breaking News

Kanak-Kanak 12 Tahun Merogol Anak Asuhan, Ibu Suspek Dipersalahkan Netizens Kerana Cuai.

SEMASA | Apabila media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun merogol kanak-kanak perempuan yang baru berusia 4 tahun dengan sekelip matanya ia menjadi sensasi di internet.



Berita itu dengan cepatnya mendapat perhatian netizens yang rata-rata berasa gelisah kerana masalah ketagihan seks dikalangan kanak-kanak semakin membarah.

Walaupun kebanyakannya memilih untuk menyalahkan kanak-kanak lelaki itu tetapi ramai dari mereka bersetuju tanggungjawab sebenar terletak ke atas ibu kanak-kanak lelaki 12 tahun itu.

Ibu kanak-kanak lelaki itu dipersalahkan kerana;

👉 membiarkan anak yang diasuhnya secara bersendirian dengan anak lelakinya, sehingga menjadi mangsa rogol.

👉 membiarkan anaknya khayal dengan telefon tanpa pemantauan dan kawalan sehingga terbabit dengan video lucah

👉 gagal mendidik anak sendiri sehingga anaknya terperangkap dengan hawa nafsu



Bagi netizens, kanak-kanak berusia 12 tahun adalah kanak-kanak yang belum matang dan tidak tahu untuk membendung nafsu mereka jika terjebak dengan sesuatu yang tidak bermoral.

Menurut laporan Harian Metro, antara fakta dalam insiden malang itu ialah;

👉 Pengasuh yang berusia 42 tahun dan tinggal di Batu Gajah itu mempunyai ramai anak asuhan yang perlu dijaga, berusia dari sekecil dua tahun hinggalah 11 tahun.

👉 Menjaga anak asuhan bermula dari jam 6.30 pagi hinggalah 9 malam.

👉 Anak asuhan yang dirogol baru sahaja berusia 4 tahun, ianya telah dijaga sejak Oktober 2017.

👉 Kejadian rogol telah berlaku 3 kali, bermula dari awal Ramadhan tahun ini. Kali pertama tidak dapat dikenalpasti, kali kedua pada 31 Mei 2019 dan kali ketiga pada 17 Jun 2019.

👉 Kes mula terbongkar pada khamis lalu, apabila mangsa membuat aduan sakit di kemaluannya kepada ibunya.

👉 Suspek yang juga kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengakui melakukan perbuatan merogol kerana teransang melihat video lucah di dalam telefon bimbit.

👉 Hasil siasatan pakar menemukan mendapati kesan koyakan pada pelbagai posisi dan menyebabkan selaput dara mangsa pecah.

👉 Suspek juga telah direman selama 4 hari dan disiasat dibawah seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Dan berikut dibawah kami kongsikan pandangan Dr. Farah Nini untuk difikirkan bersama.

Oleh : Farah Nini Dusuki
 

Pertimbangan yang wajar dfikirkan berkenaan kes di bawah:

Pertama, harapan saya gambar di bawah bukan gambar kanak-kanak yang terbabit berdasarkan alasan-alasan berikut:

1. Di bawah seksyen 113 Akta Keterangan 1950, terdapat anggapan yang tidak dapat disangkal bahawa seorang kanak-kanak lelaki di bawah 13 tahun tidak berupaya melakukan kesalahan rogol.

Ini bermakna tidak kira betapa kukuh bukti yang ada, beliau tidak boleh dituduh di mahkamah bagi kesalahan rogol. Oleh itu, kenapa beliau diperlakukan sebagai orang yang dituduh bagi sesuatu yang tidak diperakukan oleh undang-undang?

2. Beliau berusia di bawah 18 tahun maka di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 beliau patut dilayan secara bermaruah kerana sebagai kanak-kanak beliau belum lagi mempunyai kematangan seperti seorang dewasa.

Ini bermakna beliau tidak boleh digari kerana menurut seksyen 83A Akta Kanak-Kanak, gari tidak boleh dikenakan kepada mana-mana kanak-kanak melainkan jika beliau ditiduh dengan kesalahan berat dan takrifan kesalahan berat di bawah seksyen 2 Akta yang sama tidak termasuk kesalahan rogol (kesalahan berat merujuk kepada kesalahan yang membawa kepada kematian dan menggugat ketenteraman awam).

Ini tidak bermaksud bahawa beliau tidak bersalah. Jelas sekali beliau telah bertindak di luar batasan tetapi pertimbangkan perkara-perkara di bawah:

1. Di manakah orang-orang dewasa yang bertanggungjawab terhadap kebajikan beliau dan juga mangsa semasa kejadian berlaku, dikatakan bukan sekali malahan tiga kali?

Golongan dewasa ini boleh dituduh di bawah DUA kesalahan. Pertama, seksyen 31 Akta Kanak-Kanak kerana, antara lainnya, bertindak secara cuai sehingga penderaan seksual berlaku antara kedua-dua pelaku dan mangsa. Kedua, mereka boleh juga dituduh di bawah seksyen 33 kerana meninggalkan kanak-kanak di bawah tanggungan tanpa sebarang pengawasan yang munasabah;

2. Sepanjang pembesaran kanak-kanak yang berusia 12 tahun tersebut, tidakkah beliau dididik tentang perkara-perkara tunjang dan asas seperti menghormati maruah orang lain dan tidak sekali-kali mencabul hak dan diri orang lain?

Apakah tindakan yang wajar diambil?

Setelah selesai penyiasatan dan andainya kesemua fakta yang dicatat dan tersebar adalah benar:

1. Tuduh orang-orang dewasa yang berkenaan sewajarnya sebagai suatu pengajaran keras terhadap mereka dan juga sebagai langkah pencegahan terhadap orang lain secara umumnya

2. Kanak-kanak berusia 12 tahun sewajarnya dianggap sebagai 'kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dan pemeliharaan' sebagaimana termaktub di bawah seksyen 17 Akta Kanak-Kanak agar beliau dapat menerima intervensi pemulihan sebaik mungkin;

3. Mangsa yang berusia 4 tahun perlu dirawati secara perubatan dan psikologi agar trauma yang dilaluinya dapat dirawati sepenuhnya. Kajian banyak membuktikan bahawa penderaan seksual memberi kesan jangka panjang yang serius jika tidak ditangani dengan segera dan sebaik mungkin.

Akhir kata, keseluruhan permasalahan ini patut ditangani dengan mengambil PENDEKATAN RESTORATIF dan bukan PENDEKATAN PUNITIF yang lebih lazim antara kita semua. Dengan cara ini, bukan sahaja pihak-pihak yang terlibat akan pulih daripada tragedi ini tetapi akan membuahkan hasil positif kepada masyarakat secara umumnya. - 3 Julai 2019.