t>

Breaking News

Lantikan Transgender Cetus Pertanyaan - Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Oleh : Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Lantikan Transgender Cetus Pertanyaan


1. Tular isu lantikan seorang transgender sebagai ahli Country Coordinating Mechanisme oleh Kementerian Kesihatan. Surat yang ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye disiarkan sendiri oleh Rania Zara Medina di dalam laman Facebooknya.

 

 
2. Peranan Rania sebagai wakil trangender menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat. Apakah perlantikan ini secara tidak langsung menggambarkan pengiktirafan Kementerian buat golongan yang mempromosikan LGBT?

3. Perbuatan lelaki menyerupai wanita adalah sesuatu yang dilarang tegas oleh Rasulullah. Ini difahami dari sabda Rasulullah yang menyebutkan:

Ù„َعَÙ†َ اللهُ المُتَØ´َبهِينَ Ù…ِÙ†َ الرّجالِ بالنّسَاءِ، Ùˆَالمُتشبِهاتِ Ù…ِÙ† النّسَاءِ بالرّجَالْ

Maksudnya: Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (HR al-Bukhari).

Menurut al-Imam al-Nawawi, lelaki yang berkelakuan seperti wanita dari aspek perbuatan dan pemakaian adalah termasuk dalam golongan yang dilaknat di dalam hadith ini.

4. Dalam riwayat yang lain, al-Imam Abu Daud meriwayatkan bahawa, Rasulullah menyebutkan:

Ù„َعَÙ†َ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللهُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ الرَّجُÙ„َ ÙŠَÙ„ْبَسُ Ù„ِبْسَØ©َ الْÙ…َرْØ£َØ©ِ، ÙˆَالْÙ…َرْØ£َØ©َ تَÙ„ْبَسُ Ù„ِبْسَØ©َ الرَّجُÙ„ِ

Maksudnya: Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian wanita dan wanita yang berpenampilan dengan pakaian lelaki.

Menurut al-Imam Badr al-Din al-Aini, setiap pakaian yang menampakkan penampilan wanita, maka setiap lelaki seharusnya tidak memakainya.

5. Para Mufti di Malaysia turut tegas menolak promosi perlakuan songsang ini. Ketika menjelaskan isu sebatan pasangan lesbian di Terengganu, Mufti Wilayah menegaskan bahawa fenomena normalisasi dosa LGBT ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan agama dan fitrah manusiawi.(Lihat: Bayan Linnas, no 148, 21 September 2018)

6. Mufti Perlis pula memerli tindakan kumpulan songsang ini sebagai bukan sahaja bertentangan dengan fitrah malah “menghairankan binatang.” Kenyataan ini dikeluarkan ketika mengulas isu perarakan LGBT dalam sambutan Hari Wanita di Kuala Lumpur. (Astro Awani, 10 Mac 2019)

7. Mufti Selangor (pada 5 September 2018) pula, dilaporkan menyifatkan kumpulan ini sebagai satu penyakit mental bahkan menegaskan bahawa kewujudan mereka ini amat membimbangkan kerana bercanggah dengan fitrah. Sekali lagi, isu bercanggah dengan fitrah diungkapkan oleh Mufti.

8. Pada 12 Mac 2019, Mufti Penang menggesa supaya kumpulan LGBT ini ditangani dengan baik bagi mengembalikan mereka kepada fitrah. Kenyataan beliau jelas menggambarkan gerakan ini mempromosi sesuatu yang bertentangan dengan fitrah.

9. Mufti Pahang pula memberikan pandangan yang lebih tegas. Pada 14 Ogos 2018, beliau dilaporkan menegaskan bahawa tiada perbincangan mahupun kompromi seharusnya diberikan kepada golongan LGBT ini kerana ia jelas menentang hukum Allah dan fitrah manusia.

10. Adalah diharapkan agar segala tindakan kita dipandu dan dibimbing oleh syarak. Janganlah pandangan agama serta nasihat Mufti hanya diambil ketika kita memerlukan sahaja.

Semoga Allah membimbing kita.