t>

Breaking News

Maya Karin Nafi Jadi Punca Perceraian Nik Nazmi..

SEMASA | Maya Karin menafikan beliau adalah pihak ketiga yang menyebabkan perceraian Nik Nazmi dengan Dr Imaan. 


 
Maya menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan perpisahan Nik Nazmi dengan Dr Imaan.

Menurut Maya, dia memang mengenali ahli politik itu namun hubungan mereka sekadar kenalan biasa, seperti hubungannya dengan beberapa ahli politik lain.



Terdahulu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan bercerai talak satu dengan isterinya di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur, selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.

Nik Nazmi, 37, selaku plaintif melafazkan cerai itu terhadap Dr. Imaan, 36, sebagai defendan dalam kamar Hakim Syarie Zaim Md Yudin pada 9.45 pagi dan mahkamah merekodkan perceraian pasangan itu.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 7 Ogos 2005 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Nik Ilhan yang kini berusia lapan tahun.


"Saya bersyukur dengan perkahwinan yang pernah kami miliki, juga sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan yang diberikan kepada kami.

"Saya ingin memohon maaf atas kesakitan atau kesedihan yang dialami oleh mana-mana pihak, terutamanya keluarga kami.

"Kami fokus terhadap kegembiraan dan kesejahteraan anak kami dan komited untuk membesarkan mereka bersama-sama,"
katanya dalam satu kenyataan pada selasa.


Nik juga mengambil pendirian untuk 'mengunci mulut' berhubung dakwaan pelakon, Maya Karin mempunyai kaitan dengan perceraiannya dengan Dr Imaan Abdul Rahim.

Dalam perkembangan berkaitan, Mstar melaporkan Nik Nazmi meminta semua pihak menghormati privasi beliau dan bekas isteri ketika ini.

"Saya minta semua pihak menghormati privasi kami pada waktu ini. Tiada kenyataan lain yang akan dikeluarkan berkenaan isu ini," katanya kepada wakil portal itu.

Ditanya sama ada beliau akan menjawab laporan media berkaitan hubungan dengan Maya Karin pada masa akan datang, Nik Nazmi hanya menjawab ringkas: "Semuanya sudah jelas dalam kenyataan," lapor portal itu lagi. - 4 Julai 2019.