t>

Breaking News

Demi Tuhan Aku Bersaksi : Bukan Burukkan Tahfiz Tapi Kisah MakNyah Kembali Ke Pangkal Jalan.. - Part 2.

SOSMED | Episode kedua : Semalam tular kritikan terhadap drama Demi Tuhan Aku Bersaksi yang ditulis oleh Rohidzir Rais menerusi Facebooknya.

Rohidzir mendakwa drama yang belum ditayangkan itu seolahnya mahu memburukkan institusi tahfiz.

Penulisan viralnya itu mendapat sokongan ramai netizens dan ramai yang bersetuju dengan pendapatnya itu.

Bagaimanapun, influencer terkenal di Facebook, Akhi Fairuz yang sering memberikan motivasi mengenai penderaan seksual dan masalah LGBT dikalangan anak-anak sekolah tampil menjawab kritikan Rohidzir itu. 

Menurut Tuan Fairuz, adalah tidak adil untuk menyalahkan drama yang belum pun ditayangkan apatah lagi berdasarkan satu dua tangkaplayar yang tidak diketahui hujung pangkalnya.

Berikut adalah kritikan penuhnya yang dipetik dari Facebooknya;

Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi  

Benda boleh tibai, buat apa nak tabayyun kan?

Gegak gempita media sosial hari ni dek penangan drama Demi Tuhan Aku Bersaksi terbitan Prokuya Studio. Kelakarnya adalah, drama ni tak tayang pun lagi.

Tapi ulasannya seolah-olah dah khatam 10 kali menonton cerita ini. Bagi mereka, drama ni nak memburukkan imej Islam! Bagi mereka, drama ni sengaja nak burukkan institusi tahfiz di Malaysia!



Maka, dikaitkan pula drama ini dengan kisah penjahat dalam Polis Evo 2 yang kononnya menghina Islam. Walhal mereka terlupa Datuk Mufti Wilayah siap tonton filem ini. Tiada penghinaan yang berlaku. Ia hanya tuduhan tanpa asas.

Ni sekarang kes drama ni pula. Bukan aku tak kenal siapa penerbitnya, si Bang Fadzil Zahari. Orang baik-baik dalam industri hiburan di Malaysia.

Begitu juga dengan penerbit eksekutif, Kak Yana Samsudin. Ya, Yana yang pakai tudung tu, artis yang banyak berkongsi awareness kes jenayah seksual kanak-kanak.

Jadi, apa ke bodoh makhluk berdua ni nak buat drama untuk hina Islam? Hina tahfiz? Hina ustaz? Oh lupa, kau kan amalkan konsep hentam dulu, kemudian bila tahu hal sebenar, buat-buat hilang ingatan, seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku.

Oleh sebab benda ni akan tular selama beberapa hari, maka aku ambil inisiatif untuk hubungi terus si penerbit, Bang Fadzil.

Aku tanya dia, sebenarnya betul ke cerita ni pasal watak utama masuk ke tahfiz, kemudian dicabul atau diliwat dan kemudian bila dia habis belajar jadi maknyah?

Maka, Bang Fadzil terus mengucap panjang. Beliau lahirkan kekesalan dengan sikap netizen yang PM beliau di fb dan instagram, tuduh beliau sebagai munafik dan kafir. Krew drama pula dilaknat!

Sinopsis kisah ni begini,

Watak utama asalnya seorang maknyah. Something happen, then beliau bertaubat. Sedar akan kesilapan. Tak mahu lagi ulangi kesilapan yang sama.

Ingat, ini kisah taubat seorang maknyah yang mencari TuhanNya. Maka, beliau berubah terus penampilan menjadi seorang lelaki. Nak berubah, kena berhijrah ke tempat yang baik-baik. (Rujuk kisah dalam hadith soheh lelaki yang bunuh 99 orang manusia tu)

Maka, beliau mahu dalami ilmu agama. Nak ubah diri. Nak dekat dengan Tuhan. Terus masuk tahfiz. Belajar Al-Quran.

Tapi bila masuk disitu, segelintir pelajar hina beliau. Kata mereka, orang macam ni tak ada tempat di tahfiz. Diri dia kotor. Pengamal LGBT. Kaum Nabi Luth.

Bila Bang Fadzil kongsikan sinopsisnya begini, maka aku terus tanya berkenaan footage yang tersebar, watak utama tidak berbaju dengan mengenakan tuala di kepala. Adakah scene itu beliau diliwat oleh pemangsa.

Maka si penerbit menafikan. Ini adalah babak watak utama diugut agar keluar dari tahfiz ini. Beliau tak ada hak berada di situ. Hanya mengundang bala dari Tuhan.

Kau tahu, aku siap baca lagi komen netizen yang menyebut watak utama tengah pasrah dan redha bila diliwat. (Gambar nombor 3)

Jadi, tolong sangat kawan-kawan yang baca post ni, jangan mengulas satu-satu isu tanpa kita tahu isu yang sebenar. Emosi kita dipandu dek segelintir ustaz dan netizen yang sepatutnya tabayyun dulu.

Ini kisah masyarakat. Ini kisah manusia. Kisah bagaimana sikap menghukum tak akan membantu manusia lain untuk berubah.

Orang tu pelacur ke, dia ada hak dan ruang untuk bertaubat. Tak malu ke kita bila Tuhan sebut ada pelacur yang masuk syurga sebab bagi anjing minum.

Kalau kita berada saat pelacur itu bagi anjing minum, pasti ada yang berkata, dahlah pelacur, hina, jijik, kotor, bagi pula anjing yang haram tu minum.

Shame on you!

Ni nanti adalah komen netizen yang tak pernah muncul hentam aku di ruangan komen. Ikut awaklah. Aku hanya menerangkan situasi yang sebenar.

Yang dah lama follow aku masak benar apa yang aku dah cuba buat bagi menyelamatkan kanak-kanak serta remaja di luar sana.

Ya lah, bila aku tulis surat terbuka pada Marina Mahathir tahun lepas, kemain lagi depa ni puji. Baguslah, pejuang sebenarlah, jihadlah. Tapi aku yakin, orang yang sama juga akan hentam aku sebab tak kena dengan ideologi mereka.

Cuma, jangan sesekali nafikan ada segelintir tahfiz yang 'menternak' dan menjadi 'asas' kepada homoseksual di Malaysia.

Aku dah jumpa budak tahfiz yang menangis dan trauma kena liwat dengan kawan. Aku juga dah jumpa pelajar tahfiz yang langsung tak solat, benci pada agama dek telah diliwat oleh mudir tahfiznya sendiri.

Bagi beliau, kenapa aku nak buat baik. Bila baik, orang buat aku macam ni. Si syaitan yang merosakkan pelajar ni telah doktrin berkali, jangan dedahkan aib guru, nanti tak berkat ilmu.

Celaka!

Nak je aku screenshot satu-satu kes yang berlaku yang melibatkan tahfiz di Malaysia ni. Tapi kalau aku buat macam tu pun, ia tak dapat mengubah pemikiran segelintir masyarakat yang menganggap sentuh sahaja pasal tahfiz, kau seolah-olah hina agama.

Akuilah kebenarannya walaupun pahit.

JAKIM pun dah sebut melalui pegawainya yang 'Boys Pickup Gay Habits From Boarding School'. (NST)

Ia bukan sekadar tahfiz yang ada asrama, ia juga terpakai untuk sekolah agama, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh, juga sekolah harian yang ada pelajar tinggal di asrama.

Kenapa benda macam ni berlaku di tahfiz?

Senang je jawapannya. Anak dah bermasalah, kena buang sekolah, mak bapak tak tahu nak didik mana dah, hantar ke tahfiz. Bagi mereka, tahfiz adalah tempat ajaib untuk merubah dan mengubah sikap manusia.

Walhal anak dia nilah nanti yang akan rosakkan pelajar yang betul-betul ikhlas nak dalami dan hafal Al-Quran.

Bila dah besar, jadi pula tenaga pengajar. Tak ada masalah nak apply, pergi je tahfiz yang tak berdaftar. Senang je masuk kerja.

Nampak pula peluang untuk jadikan pelajar di situ sebagai mangsa. Maka, berulanglah kitaran yang sama sampai mampus!

Maaflah kasar.

Maaf juga terpaksa mengulas panjang!

Nanti aku bagi cadangan untuk mak ayah ajar anak pasal Pendidikan Seksualiti, ada yang kata nak ajar anak buat seks. Walhal pendidikan berkenaan nak ajar anak kau untuk,

1. Tahu bezakan sentuhan selamat dan tidak selamat
 

2. Tahu untuk bertindak kalau ada seseorang individu cuba menyentuh, memegang atau meraba anggota badan seksual (private part)
 

3. Menjaga amanah yang Tuhan berikan; zakar dan air mani tu sendiri
 

4. Faham fungsi kemaluannya sendiri

Sekian. Wassalam.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi : Alang-alang dah baca post ni, saya jemput untuk ikuti posting saya yang lepas-lepas. Macam-macam isu saya kongsikan. Ya lah, orang lelaki ni memang cekap komen isu-isu begini, bila post tips parenting, batang hidung pun tak nampak. Harap emak-emak jelah yang alert pasal anak. - 3 Ogos 2019.