t>

Breaking News

Isu Nur Fitri Azmeer Nordin, Ini Luahan Syed Azmi.

Oleh : Syed Azmi

Saya tahu dia kembali lebih 3 tahun lepas. Saya perlu terima kenyataan yang dia akan kembali.


Saya sudah memohon kepada SKMM untuk dia mencari orang-orang yang sama dengannya, tetapi permohonan saya ditolak. Saya akur.

Sekarang bergantung kepada anda semua untuk melihat ia dari perspektif mana.

Sebagai pejuang hak asasi kanak-kanak, sudah tentu saya risau melihat dia untuk dia mendekati kanak-kanak lain.

Saya yakin namanya telah didaftarkan dalam e-DKK atau e-Daftar Kanak-kanak, iaitu pendaftar pesalah laku seksual. Kerajaan memberi peluang kepada pekerja untuk menyemak di JKM akan pekerja yang terlibat dengan kanak-kanak
 untuk menyemak status mereka.

Apa yang jelas;

1. Dia tidak boleh dikelilingi kanak-kanak.

2. Dia tidak boleh mendapat akses kepada imej kanak-kanak atas talian.

3. Dia tidak boleh berinteraksi langsung dengan kanak-kanak lain walaupun game.

Saya bimbang. Saya tidak membencinya kerana dia, saya membencinya atas perbuatannya.

Saya mengambil undang-undang kanak-kanak. Saya ambil serius akan hal ini. Ilmu yang saya pelajari adalah tentang perlindungan mangsa dan memberi keadilan.

Dalam pengalaman saya, kanak-kanak tidak suka disakiti. Dalam saya menulis ini, perbuatan menyimpan bahan lucah, mencabul, rogol adalah berbeza, kita tak boleh nafikan seksaan dan trauma yang dihadapi berbeza mengikut kanak-kanak.

Saya tak kata menyimpan bahan lucah kanak-kanak itu biasa, bukan. Kalau perkara itu menyakiti kanak-kanak, itu adalah terang-terang salah.

Dalam undang-undang, saya juga pelajari tentang konsep atau pendekatan restorative justice. Ia bukan tentang memaafkan dan melupakan, ia lebih kepada pemulihan individu supaya dia boleh bergaul semula dengan masyarakat dan penyertaan mangsa penting supaya pelaku salah tersebut faham dan bertanggungjawab akan kesalahan yang dilakukannya. Ia bukan untuk semua jenis jenayah dan memerlukan kajian terperinci untuk dilaksanakan.

Bunyinya seperti peluang kedua. Setelah membaca komen, saya rasakan rakyat Malaysia tidak bersedia untuk menerima dia kembali. Adakah mereka mahu dia mati? Katakan si mangsa ada pilihan untuk memandulkan dia, adakah itu pengakhiran yang diinginkan?

Saya berfikir sama ada kita boleh mengaplikasikan konsep restorative justice. Mungkin bukan untuk kes ini.

Saya mempunyai penghormatan yang tinggi terhadap kanak-kanak yang dicabul atau disakiti atas apa yang telah mereka lalui dan kami tak pernah bercakap tentang memaafkan si pesalah kerana itu adalah hak mangsa semata-mata.

Kejadian pencabulan dan menyakiti kanak2-kanak perlu dihentikan.

Kembali kepada si genius kita.

Apakah hak-hak dia?

Atau dia tidak mempunyai sebarang hak?

Sejujurnya, setelah bertahun-tahun sekalipun, saya harap dia tak perlu bekerja dengan mana kanak-kanak atau mendekati mereka sekalipun. Jika dia akur maka kita tahu yang dia sedang mencuba.

Saya tidak pasti jika negara kita mempunyai keupayaan untuk mengesan aktiviti dia atas talian jadi saya tidak akan komen tentang itu.

Orang awam dan ibu bapa ada hak untuk mengelakkan dia daripada mendekati sesuatu kawasan. Saya setuju. Tapi untuk melabel “Dia Akan Menyakiti Anak Anda” di khalayak ramai dan menimbulkan ketakutan kepada orang lain adalah bukan caranya. Pasti Ada cara lain.

Mungkin menggantung objek di leher dia?

Percayalah, walaupun dengan cara itu masyarakat tetap takkan menerima. Sah-sah mereka mahu melihat seseorang untuk mati/lesap/hilang.

Jika itu yang anda mahukan jadi silakan. Saya takkan menyokong atau menolaknya.

Saya lebih fokus untuk melobi untuk keselamatan dan perlindungan kanak-kanak di Malaysia.

Tapi tidak, orang lebih suka hukuman keras kerana itu membuatkan mereka lebih puas, bukan?
Saya katakan mari sama-sama fokus kepada hak kanak-kanak, keselamatan mereka dan layanan lebih baik untuk semua kanak-kanak.

Kepada si fulan, saya takkan biarkan anda begitu sahaja, tapi hormati saya dengan tidak mendekati mana-mana kanak-kanak. Atas talian atau dunia sebenar.

Pendapat saya semata-mata.