t>

Breaking News

Jika Maknyah Dipaksa, Mereka Akan Tertekan & Mahu Keluar Agama Kata Nisha Ayub.

VIRAL | Aktivis komuniti Mak Nyah, Nisha Ayub dikecam masyarakat kerana mempersoalkan tindakan penguatkuasa agama yang menahan seorang transgender yang tidak menunaikan solat jumaat. 


Menurut Nisha, maknyah itu ditahan di rumahnya selepas diserbu oleh penguatkuasa agama yang menerima aduan dari orang awam.

Maknyah itu kemudiannya didenda sebanyak RM2,600 dan berdepan dengan hukuman penjara 2 tahun jika gagal membayar denda seperti yang dikenakan.

Dalam LIVE FB di Facebook Nisha, beliau mempersoalkan agensi agama kerana menyasarkan golongan minoriti terutamanya transgenders.

"Saya ingin bertanya kepada Jabatan Agama. Kenapa anda merumitkan kehidupan kita (transgenders)? Kenapa anda menggunakan agama untuk menghukum kita? Sedangkan kita kembali kepada apa yang kita percaya," katanya.

Nisha juga berkata maknyah dipaksa bersolat dengan menjadi lelaki sedangkan mereka rasa tak selesa untuk berbuat demikian.

Pemaksaan sebegitu juga berupaya membuatkan maknyah mahu keluar agama jelas Nisha.

"Kenapa kami (transgenders) dipaksa berada dalam situasi yang kami tak selesa? Dalam masa yang sama kami dipaksa bersolat? Apakah mereka fikir solat itu boleh dilakukan berdasarkan perasaan kita? Tidak.

"Jangan sampai satu hari nanti ya, ok, bila maknyah rasa tertekan sangat. Sehingga mereka tak boleh terima lagi, mereka keluar dari agama,"
kata Nisha lagi. 

(Tonton video disini)

Di media sosial nampaknya kenyataan Nisha tidak diterima baik oleh komuniti muslim.

Kebanyakan dari mereka mempersoalkan kenapa Nisha mempertikaikan hukum yang ditetapkan Allah dan adakah Nisha juga meninggalkan solat jumaat.

Menteri Agama, Mujahid Rawa belum mengeluarkan apa-apa kenyataan setakat ini bagi mengulas isu yang dibangkitkan Nisha semalam. - 30 Ogos 2019.