Semakin Ramai Facebookers Tampil Minta Maaf Selepas Kantoi Fitnah Econsave.
SOSMED | Beberapa pihak yang dipercayai menfitnah rangkaian pasaraya Econsave telah tampil membuat permohonan maaf.
Antaranya individu yang menggunakan nama Mohd Raffe Abdul Hamid berkata beliau mengakui khilaf dalam membuat tuduhan terhadap Econsave pada isnin.
"Semalam pihak Econsave ada buat laporan polis supaya pihak yang menyebarkan fitnah meminta maaf kepada Econsave dalam masa 48 jam.
Merujuk komen saya yang lepas berkenaan dengan produk yang saya maksudkan adalah sejukbeku burger Ramly yang saya cari tiada di Econsave.
Disini saya memohon maaf kerana membuat kenyataan yang produk Ramly tiada di Econsave.
Jika produk Ramly memang ada di Econsave bermakna memang saya tidak perasan dengan kehadiran produk Ramly itu.
Bagi pihak saya akui memang ada lain-lain produk muslim di Econsave. Dengan ini saya menarik balik kata-kata tuduhan itu. Sekian," katanya dipetik dari group Penduduk Sungai Petani (PSP).
Semakan di akaun Facebook dan group PSP mendapati tiada post yang terpapar untuk paparan awam.
Seorang lagi facebooker yang menggunakan nama Seri Iskandar Archery Club juga tampil membuat permohonan maaf.
"PERMOHONAN MAAF DAN MENARIK BALIK KENYAATAN YANG TELAH DI MUAT NAIK DI FACEBOOK pada 25 Ogos 2019 yang lalu.
Dengan Ini saya menarik balik kesemua kenyataan saya yang berkaitan dengan POST Econsave tempoh hari lalu.
Saya mengaku yang saya membuat kesilapan dan telah menyampaikan maklumat yang tidak benar kepada orang awam khas nya penduduk Seri Iskandar dan Am nya seluruh Rakyat Malaysia.
Saya juga telah memadamkan POST tersebut dari ruangan FB dan memohon agar POST tersebut tidak disebarkan lagi di masa hadapan.
Sekali lagi saya mohon maaf kepada pihak Econsave Seri Iskandar Perak Khasnya Econsave Malaysia Amnya.
Saya tidak akan ulangi lagi kesilapan yang telah saya lakukan ini.
Sekian Seri Iskandar Archery Club
hanya kelab memanah sahaja.
mohon tuan puan sebarkan info ini kepada rakan rakan yang lain agar mereka mengetahui perkara yang sebenarnya.
insyaallah terima kasih," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini BERNAMA melaporkan Econsave telah membuat laporan polis termasuklah SKMM bagi membendung fitnah yang tular ke atas pasaraya itu di sosial media.
Pasaraya itu dilaporkan memboikot pengedaran produk bumiputera kerana tidak mencapai persetujuan bagi pembekalan Jalen.
Poster kempen bagi menyeru orang ramai memboikot Econsave juga tular sejak ahad.
Bagaimanapun semakan mendapati pasaraya itu masih menjual pelbagai produk bumiputera yang lain. Masalah kerjasama dengan Jalen hanya merupakan kegagalan mencapai kata sepakat dengan syarikat tersebut secara khusus bukannya bermakna Econsave memboikot barangan bumiputera seperti yang tersebar.
Dalam perkembangan yang berkaitan, antara akaun Facebook yang dikaitkan dengan penyebaran berita palsu itu adalah penyokong tegar PAS. - 3 September 2019.