t>

Breaking News

Kenapa Gugur Kes Gangguan Seksual Tahfiz Ternama Di Perak, SUHAKAM Minta Penjelasan Peguam Negara

VIRAL | Sehari dua ini kecoh di sosial media mengenai kes gangguan seksual yang didakwa digugurkan Peguam Negara.

Kes itu yang mula kecoh sekitar tahun 2017, mula mendapat liputan meluas kerana membabitkan tahfiz ternama yang dibangunkan oleh ustaz selebriti.

Kes ganguan seksual itu didakwa membabitkan anak ustaz tersebut dengan seorang kanak-kanak lelaki. Hal ini pada awalnya dibongkarkan oleh Wardina sehingga mendapat perhatian media tempatan.


Dalam perkembangan yang terkini, Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam, Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal mahu Tommy Thomas menjelaskan kenapa Pejabat Peguam Negara mengugurkan kes penderaan seksual yang membabitkan seorang pelajar tahfiz ternama di Perak.

Selain itu, Datuk Noor Aziah juga mahu Peguam Negara menjelaskan asas tindakan menggugurkan pertuduhan jenayah ke atas suspek yang menggunakan budi bicara Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dengan menggariskan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak.

“Memandangkan kesalahan yang dituduh amat serius, Pesuruhjaya Kanak-Kanak percaya ibu kepada mangsa berhak sepenuhnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sekolah tahfiz tersebut,”

Pesuruhjaya Kanak-Kanak (SUHAKAM) menggariskan konsep maruah yang mana setiap kanak-kanak harus diiktiraf, dihormati dan dilindungi.

Tambahnya, kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seteruk itu harus mendapat keadilan sepenuhnya. - 20 Oktober 2019.