t>

Breaking News

Kerana Pertikaikan MoE Guna Perkataan 'TAKWIM', Siti Kassim Disekolahkan Bukan Melayu.

SOSMED | Gara-gara mempertikaikan penggunaan perkataan TAKWIM di laman web Kementerian Pendidikan, Siti Kassim menerima kecaman netizens.


Sungguhpun tidak pernah mengakuinya, tetapi Siti Kassim digambarkan seseorang yang anti keislamik, dan seringkali menjadi sensasi kerana mempertikaikan hal-hal seumpamanya.

Siti Kassim juga dianggap seseorang yang anti Maszlee dan Mujahid kerana kerap mempertikaikan kedua-dua menteri tersebut namun tiada pengakuan pernah direkodkan dari peguam yang juga aktivis alam sekitar itu.

Di Facebooknya, Siti Kassim dikecam hebat, terutamanya oleh bukan melayu kerana mempersoalkan isu penggunaan perkataan TAKWIM.

"Dengan lantang ingin saya sampaikan, apakebendanya TAKWIM ni? Ini Bahasa Malaysia ke? Apa masalahnya guna perkataan JADUAL?

Saya kagum dengan sikap sesetengah fanatik agama yang baru nak akil baligh dalam agensi kerajaan kita.

Mereka penuh dengan amalan hipokrasi dan pilih kasih,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Kenyataan itu kemudiannya mengundang beberapa respon balas dari netizens, khususnya bukan melayu.


Dah lama guna TAKWIM..


JADUAL pun BAHASA ARAB juga..


Penggunaan sebenar TAKWIM, JADUAL dan KALENDAR..


Siti Kasim bagaimanapun dilihat tidak dapat menerima penjelasan yang dibuat oleh beberapa netizens itu.

Malahan beliau mempertahankan pandangannya sambil menyokong cabaran sesetengah pengomen yang sedang menunggu muslim melayu untuk mempertikaikan kenyataan Siti Kasim.

Untuk rekod, Siti Kassim tidak membuka ruang Facebooknya kepada komen umum. Ramai pihak juga mengakui telah diblock oleh peguam itu kerana menyatakan pendapat yang berbeza. - 10 Oktober 2019.